Sabtu, 5 September 2015

PESAKIT DIABETES MENGUNDANG 3 PENYAKIT LAIN JIKA TIDAK DIKAWAL

Empat penyakit dalam satu

13 August 2008 

Kencing manis, tekanan darah tinggi, kegagalan buah pinggang dan sakit jantung — empat penyakit yang saling berkait rapat. Biasanya jika seseorang ada kencing manis, dia berisiko tinggi mengalami tiga penyakit lain, terutama jika gagal mengawal paras gula dalam darah.

Dianggarkan di seluruh dunia ada kira-kira 250 juta pesakit kencing manis dan catatan menunjukkan kebanyakannya meninggal dunia akibat komplikasi penyakit. Punca utama kematian di kalangan pesakit kencing manis ialah masalah jantung dan kegagalan buah pinggang.

Di Malaysia, jumlah pesakit kencing manis kini mencecah 1.2 juta orang dengan catatan 650,000 kes baru setiap tahun. Kebanyakan pesakit tidak sedar mereka menghidap penyakit kronik ini hinggalah mengalami pelbagai gejala yang menjejaskan kualiti hidup.

Pakar perubatan percaya kebanyakan pesakit menghidap kencing manis beberapa tahun sebelum penyakit dikesan. Yang membimbangkan, lebih lama seseorang itu menghidap kencing manis, lebih tinggi risiko untuk mendapat komplikasi penyakit.

Kencing manis adalah penyakit zaman moden paling nyata dan menjadi punca kematian kelima tertinggi di dunia. Dianggarkan satu kematian berlaku dalam setiap 10 saat akibat kencing manis.

Komplikasi kencing manis boleh dibahagi kepada dua iaitu:

* Mikrovaskular (membabitkan kerosakan salur kecil) seperti kerosakan mata dipanggil retinopati diabetes yang mengakibatkan pesakit hilang penglihatan, kegagalan buah pinggang, kerosakan saraf kaki dan meningkatkan risiko kaki dipotong.

* Makrovaskular (membabitkan salur darah besar) lebih mudah berlaku pada kadar empat kali lebih tinggi berbanding komplikasi mikrovaskular. Kencing manis boleh meningkatkan risiko penyakit jantung, strok, penyakit vaskular periferal (PVD iaitu salur darah besar pada kaki).

Pecahan komplikasi kencing manis:

* 55 peratus kematian kerana komplikasi jantung

* 13 peratus kes kematian kerana paras gula tidak terkawal

* 13 peratus kes kematian kerana kanser

* 19 peratus kes kematian kerana lain-lain penyakit

Perkara pertama perlu dilakukan untuk mengelak komplikasi ialah mengawal paras gula dan tekanan darah. Bagaimanapun, pesakit kencing manis yang turut mengalami masalah tekanan darah tinggi sukar mencapai paras gula dan tekanan darah yang disasarkan (selamat).

Untuk bacaan lanjut, sila klik www.hmetro.com.my





KELEBIHAN GC TEA (GLUCOS CUT)
✔ Mengelakkan pengambilan gula secara berlebihan
✔ Mengurangkan risiko kepada diabetes
✔ Mengawal tahap glucosa di dalam darah
✔ Mengawal berat badan
✔ Meningkatkan metabolisme tubuh badan (cepat membakar lemak dan kalori)
✔ Mengurangkan risiko kepada penyakit kronik
SIAPAKAH YANG PERLU MENGAMBIL GC TEA (GLUCOS CUT)
✔ Penghidap Diabetis
✔ Mereka yang ingin menurunkan berat badan/berdiet
✔ Mereka yang ingin kekal sihat dan langsing
CARA PENGAMBILAN GC TEA (GLUCOS CUT)
✔ Amalkan glucos cut 3 kali sehari
✔ Gantikan minuman semasa anda makan kepada persediaan GC Tea (Glucos Cut)
✔ 1 uncang boleh direndam kedalam 1 gelas cawan sebanyak 3 kali
** Untuk penghidap diabetes sila monitor kadar gula anda
Boleh hubungi - 017-4872003 atau tinggalkan komen di bawah...

Jumaat, 4 September 2015

Diabetes Ketika Hamil: Punca & Kesannya

Diabetes Ketika Hamil: Punca & Kesannya – By Dr. Muhammad Izzat



Diabetes yang bermula apabila anda disahkan mengandung dikenali sebagai Gestational Diabetes. Ianya terjadi apabila terdapat kerintangan Insulin – sejenis hormon yang dihasilkan oleh badan manusia untuk mengawal atur kawalan paras gula di dalam darah, untuk memenuhi keperluan ketika mengandung. Hasilnya, paras gula di dalam darah meningkat.
Pada kebiasaannya, keadaan Gestational Diabetes terjadi pada pertengahan ataupun pada lewat usia kandungan.
Keadaan Gestational Diabetes ini kerap berlaku. Kadar kebiasaannya, dalam 100 orang wanita mengandung, 18 orang akan menghidapi penyakit ini. Dalam erti kata lain, 18 % wanita mengandung akan ‘dihantui’ dengan masalah ini. Amat biasa bukan?

Apakah risiko-risiko bagi saya untuk menghidapi Diabetes ketika hamil?
Anda berisiko tinggi menghidapi Diabetes ketika mengandung, jika anda mempunyai salah satu daripada faktor-faktor yang tertera di bawah:
  • Indeks Jisim Badan (BMI) adalah 30 ataupun lebih
  • Sejarah kelahiran bayi besar, melebihi 4 kg ataupun lebih
  • Sejarah kandungan yang mempunyai Diabetes ketika mengandung
  • Ibu bapa, adik-beradik yang juga mempunyai Diabetes
Bagaimana saya tahu jika saya mempunyai kencing manis dalam kehamilan?
Jika anda mempunyai salah satu faktor seperti yang tertera, anda akan menjalani ujian toleransi glukosa (GTT) ketika mengandung. Ini adalah sejenis ujian mudah yang dijalankan pada awal peringkat kandungan dan akan diulang pada usia kandungan 24 hingga 28 minggu.
Ujian toleransi glukosa GTT memerlukan anda untuk berpuasa semalaman iaitu tidak makan atau minum, kecuali air kosong/ air mineral sahaja.
Pada awal pagi nya, sebelum anda menikmati sarapan, ujian darah akan dijalankan terlebih dahulu. Kemudian anda akan diminta untuk menghabiskan larutan gula yang berperisa Oren atau Cola.
Kemudian, ujian darah akan diulang sekali lagi selepas 2 jam anda menikmati larutan gula ini. Mudah bukan?
Jika anda menghidapi kencing manis pada kandungan sebelumnya, anda akan diminta membuat ujian toleransi glukosa GTT ini pada lebih awal kandungan untuk pengesanan awal Diabetes ketika mengandung, justeru dapat mengawal atur paras gula di dalam darah. Kawal atur gula di dalam darah pada peringkat awal mengandung adalah teramat penting dalam tempoh pembentukan organ-organ penting bayi anda pada ketika ini dan mengurangkan komplikasi Diabetes pada bayi dan juga ibu. Jika keputusan ujian toleransi glukosa GTT normal, ujian ini perlu diulang pada usia kandungan 24 hingga 28 minggu kandungan.

Apakah kesan kencing manis pada kehamilan saya?
Kebanyakan ibu yang menghidapi Diabetes ketika mengandung ini tidak mempunyai masalah sepanjang proses kehamilan dan rata-rata melahirkan bayi yang sihat dan comel, tetapi terdapat segelintir kes Diabetes ini membawa masalah yang serius pada ibu dan juga bayi, lebih-lebih lagi jika Diabetis tidak dikesan awal dan dirawat dengan optimum. Kebolehan untuk mengesan awal Diabetes ketika mengandung dan mengawal atur paras gula dengan optimum dapat mengurangkan banyak risiko serta komplikasi yang berkaitan.
Amatlah penting ibu-ibu sekalian memastikan paras glukosa di dalam darah terkawal. Jika paras gula di dalam darah ibu kekal tinggi dan tidak terkawal, bayi akan memberikan respon kepada paras gula yang tinggi ini dengan menghasilkan lebih banyak insulin, di mana bayi anda akan membesar secara berlebihan di dalam rahim, seterusnya anda akan diminta untuk bersalin lebih awal daripada tarikh dijangka bersalin (induction), juga terdapat risiko berakhir dengan pembedahan caesaerean akibat daripada bayi besar ataupun kegagalan proses induksi (induction). Jika anda bersalin biasa pula, risiko bahu bayi tersangkut ketika kelahiran normal dan kecacatan saraf mungkin berlaku.
Risiko kematian bayi di dalam rahim (in utero death) secara mengejut juga meningkat jika paras gula di dalam darah tidak dikawal.
Bayi anda yang menghasilkan lebihan hormon insulin tadi turut akan mengalami paras gula rendah pula selepas kelahiran. Maka, bayi anda perlu dimasukkan dalam wad rawatan rapi bayi untuk pemerhatian oleh pakar paediatrik.
Bayi yang dilahirkan oleh ibu yang mempunyai kencing manis juga mempunyai risiko menghidap kencing manis dan masalah kegemukan bila ianya meningkat dewasa kelak.
Maka, ibu-ibu perlu mengawal paras gula di dalam darah dalam proses kehamilan dan proses kelahiran untuk mengurangkan risiko dan komplikasi pada ibu dan juga bayi anda.

Bagaimanakah Diabetes ketika hamil dirawat?
Jika anda menghidapi Diabetes ketika mengandung, anda perlukan rawatan susulan oleh pakar perbidanan dan sakit puan, pakar perubatan/ endokrinologi, pegawai zat makanan dan jururawat diabetes. Anda akan diminta supaya membuat rawatan susulan lebih kerap untuk pemeriksaan.
Yang penting ketika menghidapi Diabetes adalah memastikan tabiat permakanan yang sihat dan senaman. Kebiasaanya Diabetes ketika mengandung dapat dikawal dengan kawalan diet atau permakanan sahaja.
Walau bagaimanapun, daripada 5 ibu yang menghidapi Diabetes, seorang ibu memerlukan rawatan Insulin untuk mengawal paras gula di dalam darah. Jika anda memerlukan rawatan insulin, jururawat Diabetes akan menerangkan kepada anda bagaimana anda boleh melakukannya.
Ibu-ibu tidak perlu risau, seharunya  kesempatan ini diambil untuk berbincang dengan pegawai zat makanan/ dietitik mengenai pemilihan makanan yang berkhasiat untuk anda dan bayi anda, dalam masa yang sama dapat mengawal paras gula pada tahap yang memuaskan.

Dr. Muhammad Izzat adalah seorang registrar obstetrik dan gineakologi yang bertugas di sebuah hospital di Kuala Lumpur.
Rujukan:
  • Royal College of Obstetricians & Gynaecologist United Kingdom
Ikhtiar lain yg saya boleh cadangkan yang anda boleh lakukan adalah dengan amalkan minun GC Tea. Insyaallah sangat2 membantu anda.
Nak dapatkan GC TEA??

hubungi saya di 017-4872003




PENYEBAB KOLESTROL TINGGI DALAM TUBUH


Ada banyak penyebab kolesterol tinggi dalam tubuh. Dengan mengetahui berbagai penyebabnya maka kita boleh menghindari kolesterol tinggi ini. Berikut adalah pelbagai penyebab kolesterol tinggi dalam darah.

1. Makanan
Terutama makanan yang terlalu banyak lemak. Seperti lemak yang didapati daripada haiwan seperti daging lembu, susu, telur, mentega dan keju.
Selain itu, makanan yang mengandungi minyak kelapa, kelapa sawit atau koko mungkin memiliki banyak lemak. Anda juga akan menemukan lemak dalam margarin, minyak sayur, kuih, keropok, kerepek dan makanan ringan lainnya.

2. Berat badan anda
Berat badan sangat mempengaruhi tinggi rendahnya kolesterol. Jika anda berat badannya berlebihan, maka sebaiknya anda lebih waspada, kerana risiko kolesterol tinggi besar.

3. Aktiviti anda
Apabila aktiviti anda hanya duduk-duduk saja seharian, ini akan memandu pertambahan berat badan dan kolesterol yang tinggi.

4. Usia dan jantina
Usia dan jantina ternyata juga mempengaruhi tinggi rendahnya kadar kolesterol dalam tubuh.

5. Keturunan
Faktor keturunan juga berpengaruh terhadap kadar kolesterol. Orang yang memiliki keturunan kolesterol tinggi berpotensi juga untuk mendapat kolesterol tinggi.

7. Merokok
Merokok sangat berbahaya dan meningkatkan kadar kolestrol.

Gejala Kolesterol Tinggi.
Apakah gejala-gejala kolesterol yang tinggi dalam darah? Biasanya gejala kolesterol tinggi akan terasa dengan timbulnya berbagai simptom tertentu:-
# sendi terasa sakit
# migrain yang kerap
# sakit belakang leher. 

Namun, gejala ini belum tepat. Jadi, untuk memastikan kadar kolesterol berada pada paras normal ataupun sebaliknya, maka salah satu cara paling baik dilakukan adalah melakukan ujian darah.

Meskipun demikian, kadar normal kolesterol pada setiap orang tidaklah sama. Faktor yang sangat berpengaruh terhadap kadar kolesterol normal seseorang, dipengaruhi oleh berbagai kondisi, misalnya usia, sejarah penyakit dan seberapa besar faktor risiko yang beliau miliki.

Cara Menurunkan Kolesterol Tinggi
Bagaimana caranya menurunkan kolesterol yang tinggi? Ada banyak cara menurunkan kolesterol dalam tubuh. Ini hanya panduan besarnya saja. Ada 3 cara utama menurunkan kolesterol dalam tubuh berikut ini.

1. Cara menurunkan kolesterol tinggi dengan mengubah pola makan
Sebagaimana kita ketahui penyebab utama tingginya kadar kolesterol dalam darah adalah kerana makanan yang kita makan. Jadi, cara pertama untuk menurunkan kadar kolesterol adalah dengan mengatur pola makan. Hindari makanan yang memandu tingginya kadar kolesterol seperti makanan berlemak dan perbanyakkan makanan sayur dan buah.

2. Cara menurunkan kolesterol tinggi dengan bersukan
Bersukan jelas akan membuat kita sihat. Jadi, untuk menurunkan dan juga menghindari kolesterol tinggi maka rajin-rajinlah bersukan.

3. Cara menurunkan kolesterol tinggi dengan ubat
Setelah melakukan 2 hal di atas, lakukan juga cara menurunkan kolesterol dengan ubat. Baik ubat kimia maupun ubat herbal. Namun, jika anda ingin ubat yang kesan sampingannya rendah, maka yang terbaik adalah dengan ubat herbal.

Ingin menurunkan kolestrol anda dengan ubat herba? 
GC TEA lah jawapannya. 
Berminat untuk menjadi lebih sihat hubungi saya di 017-4872003 atau tinggalkan komen anda di bawah.
Jangan malu-malu nak komen ya...tak perlu malu untuk menjadi sihat..

Khamis, 3 September 2015

GC TEA (GLUCOS CUT)

KANDUNGAN TERBAIK DALAM GC TEA (GLUCOS CUT)

✔ Teh Hijau
✔ Gymeama Sylvestre
✔ Daun Peppermint
✔ Daun Mulberry
✔ Rooibos
✔ Daun Stevia

KELEBIHAN TEH HIJAU

Mengurangkan Berat Badan
✔ Teh Hijau meningkatkan metabolisma badan. Apabila metabolisma badan meningkat, badan lebih cepat 'memproses' lemak yang tersimpan dalam badan dengan lebih kerap. Polifenol yang terdapat dalam teh hijau berfungsi untuk meningkatkan oksidasi/pemprosesan lemak dan meningkatkan kadar pertukaran makanan kepada kalori.
Pesakit Diabetes
✔ Teh Hijau membantu mengawal kadar glukosa dan seterusnya mengelakkan peningkatan gula dalam darah selepas makan. Ia sekaligus mengelakkan peningkatan insulin yang mendadak dalam darah serta mengelakkan penyimpanan lemak.
Pesakit Jantung
✔ Para saintis percaya Teh Hijau bermanfaat kepada saluran dan injap darah, saluran darah menjadi lebih stabil dan tenang untuk perubahan tekanan darah yang berubah secara tiba-tiba. Dengan ini, ia akanmengurangkan kes saluran darah tersumbat yang menyebabkan sakit jantung.
Risiko Barah Esofagus
✔ Teh Hijau dipercayai mengurangkan risiko Barah Esofagus, ia juga dipercayai membunuh sel barah tanpa merosakkan sel-sel sihat yang berdekatan dengannya.
Kolestrol
✔ Teh Hijau mengurangkan paras kolestrol jahat dalam badan dan meningkatkan nisbah kolestrol baik berbanding kolestrol jahat dalam badan.
Alzheimer dan Parkinson
✔ Teh Hijau dipercayai boleh mengurangkan risiko kesihatan oleh penyakit Alzheimer dan Parkinson. Kajian terhadap seekor tikus menunjukkan teh hijau melindungi sel otak dari rosak dan memperbaiki sel otak yang rosak.
Reputan pada Gigi Satu
✔ Kajian menunjukkan sejenis bahan kimia antioksida "catechin" dalam teh boleh membunuh bakteria dan virus yang menyebabkan jangkitan pada tekak, karies gigi dan masalah gigi yang lain.
Tekanan Darah
✔ Pengambilan Teh Hijau yang kerap boleh mengurangkan risiko tekanan darah tinggi.
Tekanan Perasaan
✔ Theanine adalah sejenis asid amino yang terdapat dalam teh. Asid amino ini bertindak untuk memberikan perasaan tenang kepada peminum teh.
Antibakteria
✔ 'Catechin' dalam teh adalah sejenis antibakteria yang kuat yang dapat menyembuhkan pelbagai penyakit dari jenis influenza hingga barah. Kajian terhadap Teh Hijau menunjukkan ia mampu mengelakkan dari penularan penyakit berjangkit.
Penjagaan Kulit
✔ Teh Hijau mampu mengurangkan kedutan dan tanda-tanda penuaan, kerana ia ada ciri-ciriantioksidan dan antiradang. Kajian terhadap manusia dan haiwan menunjukkan teh hijau mampu mengelakkan dari kerosakan dari panahan cahaya matahari.

KELEBIHAN GC TEA (GLUCOS CUT)

✔ Mengelakkan pengambilan gula secara berlebihan
✔ Mengurangkan risiko kepada diabetes
✔ Mengawal tahap glucosa di dalam darah
✔ Mengawal berat badan
✔ Meningkatkan metabolisme tubuh badan (cepat membakar lemak dan kalori)
✔ Mengurangkan risiko kepada penyakit kronik

SIAPAKAH YANG PERLU MENGAMBIL GC TEA (GLUCOS CUT)

✔ Penghidap Diabetis
✔ Mereka yang ingin menurunkan berat badan/berdiet
✔ Mereka yang ingin kekal sihat dan langsing

CARA PENGAMBILAN GC TEA (GLUCOS CUT)

✔ Amalkan glucos cut 3 kali sehari
✔ Gantikan minuman semasa anda makan kepada persediaan GC Tea (Glucos Cut)
✔ 1 uncang boleh direndam kedalam 1 gelas cawan sebanyak 3 kali
** Untuk penghidap diabetes sila monitor kadar gula anda

Berminat untuk mengamalkan GC Tea?
Boleh hubungi - 017-4872003 
atau boleh tinggalkan komen di bawah
jika anda seorang penguna GC Tea kongsikan bersama kami. 

Terima Kasih

KATEGORI GEMUK? ANDA YANG MANA?

Ramai rakyat Malaysia mengalami masalah kegemukkan..tapi tahukan anda gemuk banyak kategorinya. Cuba lihat yang mana satukan jenis kegemukkan anda. Moga sedikit info ini dapat membantu anda.









Ramai yang masih berkira-kira untuk berbelanja demi kesihatan sendiri atau keluarganya. Tetapi bayangkan sekiranya penyakit yang lebih serius telah menghingapi bukan setakat ratusan bahkan ribuan ringgit anda terpaksa habiskan malah nyawa pula jadi taruhan.

Kini ada teh yang dapat membantu anda kurus tanpa menjejaskan kesihatan anda. Ianya selamat diminum dan di adun dengan 6 jenis herba secara semulajadi tanpa bahan pengawet.

Dengan GC tea anda boleh menjadi kurus dengan selamat tanpa ada cirit birit, perpeluhan yang melampau, resah gelisah, tanpa perlu pantang berlebihan. In Sya Allah berusahalah untuk kesihatan yang lebih baik.


Harga sekotak GC Tea RM130
Harga trail pack RM25

berminat boleh hubungi 017-4872003
 atau boleh tinggalkan komen di bawah.

ANDA MUNGKIN MEMINATI :-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...