Kali ini umi ingin berkongsi pengalaman umi menjaga anak. Umi telah diberikan rezeki anak seramai 4 orang, setakat hari ini ya. Tak tahulah jika Allah masih akan memberikan rezeki anak lagi untuk umi selepas ini, kalau ada Alhamdulillah.
Anak-anak umi 3 orang lahir pramatang. Anak yang sulung kembar lahir pada usia 34 minggu dalam kandungan. Umi lahirkan mereka dengan cara normal, mungkin dah sampai masa mereka melihat dunia ini walaupun belum cukup matang dan berat hanya 1.5kg dan 2.1kg. Yang sulung berada di NICU selama 23hari dan berat mencapai 1.8kg.
Untuk menambah berat mereka agak sukar bagi umi pada permulaannya. Umi terpaksa membiasakan diri menjadi ibu dan menjaga 2 bayi serentak. Waktu menyusu mereka juga sama jadi agak sukar umi memberikan susu badan. Waktu rehat umi juga tidak pernah cukup dan sentiasa kelam kabut.
Setelah seminggu umi menjaga bayi kembar umi barulah umi mula biasakan diri dan mula dapat mengagak jadual susu bayi. Memang doktor, misi serta buku ada tertulis berkenan cara pemakan bayi. Tapi kadang-kadang tidak salah kita menguna pakai petua dan cara orang dulu-dulu dalam penjagaan bayi.
Ibu dan mertua umi banyak menurunkan petua dan tunjuk ajar pada umi. Antaranya untuk mengelakkan bayi suka menangis dan meragam ketika mandian terakhir bacalah surah Al-insyirah (alam nasyrah) tu dan hembuskan di ubun-ubun bayi. Petua tersebut memang umi amalkan pada 4 anak umi, Alhamdulillah mereka tak pernah meragam,bukan langsung tak pernah menangis, tapi kalau menangis mestilah bersebab macam kembung perut, tak selesa pada dengan pampes atau lapar, tak ada la asyik merengek ja.
Selain pemberian susu pada bayi. Umi juga memberikan air didih nasi sebagai sampingan. Umi mula beri ketika umur mereka 1bulan. Air didih nasi ni kita boleh ambil ketika nasi tengah mendidih dan airnya mulai pekat, jangan ambil ketika nasi baru mendidih kalau airnya tidak pekat mungkin bayi boleh kembung perut. Jadi pastikan ia pekat, selepas ambil air didih tersebut jangan lupa tambahkan air pada nasi nanti mentah pulak na,si tu. Selalu umi akan bagi air didih dalam 60ml 2 kali sehari tengah hari dan petang. Cara ini memang membantu bayi ada cepat membesar. Untuk makluman bayi lelaki ni dia cepat lapar sikit nak banding dengan bayi perempuan. Mungkin ada yang takut untuk memberi bayi makan, tapi orang dulu-dulu ketika dalam pantang pun dah bagi bayi makan macam pisang lenyek atau biskut 4 segi direndm dengan air suam. Tak ada pulak anak diorang ada masalah usus, elok ja membesar dengan sihat. Jadi anda tak tak perlulah takut untuk memberikan air didih nasi, cuma air kanji saja. Apapun terpulang pada ibu-ibu di luar sana la okey.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan