Umi pasti semua ibu maklum tentang khasiat sayur. Tapi kebanyakan kanak-kanak tidak sukakan sayuran termasuklah kartun kegemaran anak-anak kita Upin Ipin. Bagaimanapun ibu perlulah mencuba supaya anak suka makan sayur. Kelebihan sayur yang berwarna-warni memainkankan peranan penting untuk memudahkan kita mendidik anak suka makan sayur.
Tapi ibubapa juga perlulah suka makan sayur, kerana selalunya anak akan makan apa yang ibubapanya makan. Bagi ibu yang di luar sana yang telahpun mempunyai anak berusia setahun keatas pasti bersetuju dengan pendapat umi tu. Umi pun dah tengok pada anak umi. Apa yang umi suka anak umi pun suka, apa yang babah suka anak umi pun suka. Apa yang umi tak suka anak umi pun tak suka. Contohnya umi dan babah suka makan sayur, ikan dan ais krim. Anak umi tiga- tiga beradik juga suka makan tu. Umi tak suka buah yang masak ranum macam mempelam dan rambutan. Anak umi juga tak suka walaupun umi suap mereka.
Jadi untuk mendidik anak sukakan sayur ibubapa perlu suka dan selalu makan sayur. Jika anak lihat kita makan mereka juga ingin merasa dan mencubanya. Ibu boleh membuat sup sayur, kerana anak lebih suka makan berkuah. Sebagai permulaan ibu perlulah memilih sayur yang tidak mengeluarkan rasa pahit. Kerana jika anak mula merasa sayur tersebut pahit, minda mereka akan set bahawa sayur tidak sedap dan pahit. Ibu boleh memilih sayur seperti lobak merah, brokoli, bunga kobis, kangkung, kobis, kacang buncis, kacang panjang, bayam dan sebagainya. Kalau boleh setiap kali membuat menu sayur perlu pelbagaikan warna supaya dapat menarik minat anak. Mungkin ibu boleh jadikan sup sayur sebagai menu makan malam, boleh juga di campurkan dengan bihun, koteaw atau mee supaya lebih mengenyangkan.
Ibubapa juga perlu sentiasa memberitahu anak bahawa sayur baik untuk kesihatan, seperti "makan sayur nanti sihat" " makan carrot nanti mata cantik" jadi anak kita juga akan setkan di minda mereka makan sayur sihat. Perlahan-lahan mereka akan sukakanya. Ibu tidak perlulah memaksa anak untuk makan kerana anak akan belajar menyukainya sedikit demi sedikit. Ibu perlu perhatikan sayur mana yang dia lebih suka dan cuba berikan lebih sayur yang di sukainya dan sedikit sayur yang kurang di sukai. Kerana sayur yang sedikit itu nanti akan mula dirasai dan akhirnya dia akan mula mengemari sayur itu. Jadi ibu janganlah berputus asa dalam mendidik anak sukax makan sayur ya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan