Sebelum ini umi ada menceritan tentang penjagaan bayi. Kali ini umi berkongsi menu untuk bayi pulak. Setelah berusia 6bulan bayi sudah boleh mula makan makanan seperti nestum, bubur nasi dan sebagainya. Selain itu ibu juga boleh memberikan bubur yang dimasak mengunakan tepung beras. Caranya :-
2cawan tepung beras di goreng tanpa minyak mengunakan api perlahan.mesti di kacau selalu supaya tidak hangit. Goreng tepung tersebut hingga menjadi warna kekuningan ya, itu tandanya tepung tersebut telah masak. Tepung yang siap di goreng boleh disimpan.
Cara membuat bubur :-
1 @ 2 sudu besar tepung beras yang telah siap di goreng.
1/2 cawan air
1sudu kecil gula
-kacau semua bahan diatas dan masak mengunakkan api yang perlahan. Perlu dikacau sepanjang masa untuk mengelakkanya menjadi bubur rentung ya he he.. Bila bubur mulai likat dan kental tutup api dan sejukkan.
Bila dah sejuk ibu boleh berikan bayi makan seperti biasa. Umi dulu selalu buat bubur ni ketika hantar anak kepada pengasuh, sebab ianya mudah dan cepat disediakan. Bubur ni jugak halus dan mudah dihadam oleh bayi. Selalunya bayi tak akan sembelit kerana bubur ini. Jadi ibu tak perlu risau tentang perut bayi. Tapi ikut bayi juga kadang- kadang bayi tidak suka makanan yang lembik. Anak ketiga umi tak suka lembik- lembik, jenis-jenis bubur ni memang dia tak makan langsung termasuk nestum?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan