Pada usia 6 bulan dan keatas terdapat perbagai jenis nestum yang terdapat di pasaran. Ibu-ibu boleh memilih samada memberikan nestum beras, gandum atau beras perang yan dicampur dengan pelbagai perasa seperti ikan bilis, madu,susu dan buah-buahan. Mungkin ibu boleh sering menukar nestum bayi bagi mempelbagaikan rasa untuk bayi anda. Umi juga memberikan nestun sebagai makanan tambahan untuk bayi umi. Umi hanya mengunakan nestum gandum dan madu. Umi sering menambahkan 1 atau 2 sudu dalam susu bayi untuk setiap kali peryusuan. Ini membantu bayi tidur dengan lebih nyenyak dan lama kerana perutnya terasa lebih kenyang. Apapun ibu-ibu boleh jugamemilih nestum beras dan susu mengikut selera bayi untuk di campur dengan susu bayi anda, tetapi pilihlah yang bersesuaian kerana jika ibu memilih nestum beras dan ikan bilis tentu rasanya agak pelik jika dicampurkan dengan susu bayi anda.
Antara menu lain yang boleh ibu-ibu boleh berikan kepada bayi ialah bubur nasi yang direbus hingga berasnya menjadi hancur bagi memudahkan penghadaman bayi. Untuk mempelbagaikan rasanya ibu boleh menambahkan isi ayam atau daging. Isi ayam atau daging tersebut perlulah dikisar halus dan di rebus bersama beras, bubur nasi tersebut akan menjadi lebih sedap dan manis kerana isi daging atau ayam tersebut, ibu tak perlulah memberi isi daging dan ayam yang berketul kepada bayi kerana bimbang tercekik kerana pada usia ini bayi masih belum mempunyai gigi untuk mengunyah, tetapi jika bayi sudah mempunyai gigi bolehlah ibu memberikan isi yang kecil yang dikisar. Selain menambah isi daging atau ayam ibu juga boleh menambahkan isi ikan. Sebenarnya memberi isi ikan lebih baik kepada bayi anda. Usah risau dengan kata-kata dongeng jika memberi ikan kepada bayi boleh menyebabkan cacing. Itu hanyalah teori yahudi yang diterbalikkan. Anak-anak orang yahudi lebih bijak kerana mereka suka memberikan bayi mereka makan ikan. Selain ikan ibu juga boleh menambahkan ikan bilis yang telah digoreng dan dikisar halus. Tetapi ibu perlukan mengopek tulang ikan bilis tersebut sebelum di goreng kerana kadang-kadang masih terdapat tulang halus wal aupun ikan bilis tersebut telah dikisar.
Untuk menambahkan khasiat kepada bayi ibu boleh menambahkan sayuran dalam bubur bayi seperti lobak merah, daun sawi, kentang, brokoli dan sebagainya. Umi lebih gemar menambah pelbagai sayuran supaya bubur bayi mempunyai 3 warna seperti putih untuk nasi, oren untuk lobak merah dan hijau untuk sawi. Jika ibu risau tentang pengadaman bayi ibu juga boleh mengisar bubur yang rebus tadi bersama sayuran. Jika ingin mengisar bubur tersebut ibu hanya perlu masukan satu jenis sayuran setiap kali memasak. Jadi bubur bayi anda hari ini mungkin berwarna oren, esok hijau dan lusa kuning. mungkin itu lebih menyelerakan bayi anda. Selamat mencuba.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan