Isnin, 10 Februari 2014

HOMEMADE PIZZA

Gara-gara tengok cerekarama bertajuk Lollypop yang makan pizza, anak umi Amir Husaini sibuk nak makan pizza. Selalu dia cuma tengok pizza dalam cerita kartun nampak tak sedap kot, tapi bila tengok real pizza dia teringin. Sebelum ni babah pernah beli pizza tapi anak2 umi tak nak makan.

Esoknya bangun ja dari tidur dia sebut lagi nak pizza. Bila beritahu umi tak ada oven nak bakar pizza dia suruh umi pergi beli, dia kata cepat boleh makan. Amboi belajar maa la Amir Husaini ni. Bukan pernah bawak makan kat luar pun, hari-hari umi masak tapi pandai lak suruh pergi beli pizza. Lunch still umi masak nasi jugak sambil fikir camna nak buat pizza kat anak3 umi ni, sebab umi memang tak ada oven. Sebelum anak pernah mintak kek umi buat jugak walaupun tak ada oven, umi bakar dalam rice cooker tapi guna dapur gas. Elok ja kek umi 1/2 jam dah masak. Boleh ka guna cara yang sama untuk pizza. Oven ada kat rumah di Tasek Gelugor, tak bawa pun mai ke Johor Baharu ni.

Akhirnya umi try jugak buat dengan serba kekurangan bahan dan peralatan. Janji  ada rupa pizza sikit ok la.

Ini resepi doh pizza.

1 sudu besar mauripan
1 sudu besar gula
1/4 cawan air suam
2 gelas tepung gandum
2 sudu mentega
secubit garam
air untuk menguli


Caranya


1-kacau gula dengan air suam hingga larut dan masukkan mauripan kacau lagi dan biarkan hingga dia berbuih. kalau tak berbuih maknanya yis tu tak aktif memang tak boleh guna.

2-dalam bekas lain masukkan tepun gandum gaulkan dengan mentega, kemudi masuk air yis tadi uli lagi dan masukkan garam. kalau doh masih tak menjadi masukkan air sedikit2 uli lagi hingga menjadi doh dan tak melekat di tangan, kalau doh lembik dan masih melekat tambah sedikit tepung uli hingga doh tak melekat.

3-setelah siap di uli tutup doh dengan tuala lembab dan biarkan dia naik hingga 2 kali  ganda.

Inti pizza

1 labu bawang besar dipotong dadu
1/2 batang lobak merah dipotong dadu
nenas dalam tin suka2 hati nak guna banyak mana
1 sudu besar tomato puri
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besat sos cili
1 sudu kecil lada hitam
gam dan gula secukup rasa
3 batang sosej
1/2 cawan daging kisar
1/2 cawan ayam kisar
(anda boleh guna cendawan butang, sayur campur sejuk beku)

Caranya

1-panaskan minyak, tumis bawang besar dan tomato hingga layu.

2-masukkan semua jenis sos di atad serta lada hitam tambahkan sedikit air dan bisrkan ia mendidih.

3-masukkan ayam, daging, sosej serta sayuran masak hingga empuk dan kuahnta kering. Pastikan kuahnya kering sebab tak nak pizza kita jadi pizza berkuah lak ok. hua hua. pizza kuah tu next resepi ok.

Tiada ulasan:

ANDA MUNGKIN MEMINATI :-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...