Sabtu, 15 Februari 2014

PENJAGAAN DAN MENU BAYI 0-6 II

Untuk mengelakkan bayi sering kembung dan terkena penyakit angin pasang surut, kita juga perlu demah perut dan kemaluan bayi. Umi tak pasti perkataan lain untuk demah tapi demah tu kita gunakan daun sirih panaskan dengan mengunakan tungku /lilin /pelita munyak tanah. Caranya kepitkan atau selitkan daun sirih pada jari kemudian layurkan pada api. Cuba letakkan pada belakang tangan anda untuk merasa suhunya supaya sesuai dengan bayi, jangan terlalu panas nanti melecur pulak perut bayi anda. Tekapkan seketika daun sirih yang dah dipanaskan pada keliling perut dan kemaluan bayi anda. Lakukan selepas mandi bayi.selepas demah bolehlah disapukan minyak angin pada perut bayi. Umi mengunakan minyak yang tak panas jadi umi juga sapukan kemaluan bayi dengan minyak tersebut. Untuk makluman bayi perempuan juga perlu di demah pada kemaluannya. Walaupun umi tak ada anak perempuan tapi ibu umi ada beritahu umi pasal bayi perempuan ni. Kalau kita demah kemaluannya bentuknya akan menjadi lebih baik dan lebih tertutup. Umi tak pandai nak terangkan secara detail, tapi harap ibu-ibu faham maksud umi ya. Kalau tak faham nanti boleh tanya umi. Tapi umi tak boleh nak terangkan disini.  Malu laa...

 Bayi dalam pantang  atau yang berusia 3bulan kebawah mudah kena ruam lampin ini disebabkan kulit bayi belum cukup matang. Untuk mengelakkanya sapukan minyak gamat pada kemaluan dan celah paha bayi anda setiap kali menukar lampin. Minyak tersebut menghalang air kencing bayi terkena pada kulitnya. Jika bayi ada telahpun mengalami ruam lampin Anda boleh juga mengunakan minyak gamat tersebut untuk melegakannya atau anda boleh sapukan tepung ubi pada kemaluan dan celah paha bayi anda. Sebolehnya elakkan mengunakan bedak pada kemaluan bayi kerana ia lebih mudah terkenacruam lampin kerana bedak tersebut akan berkumpul dicelah paha bayi dan apabila ia kencing bedak tersebut akan basah dan melekat di celah pahanya menyebabkan kulitnya sentiass basah, lama- kelamaanya kulit bayi mula merah dan mula timbul bintik merah.

Ibu-ibu pasti susah hati bila melihat kepala bayi terdapat seperti daki kepingan berwarna kelabu. Hampir setiap bayi akan mengalaminya. Ia adalah perkara biasa bagi bayi. Daki tersebut boleh dihilangkan dengan mengunakan baby oil. Untuk mengelakkan dan mengurangkanya ibu perlu lebih kerap syampu kepala bayi. Gosok perlahan ketika mandi. In sha Allah daki tersebut akan beransur hilang.

Tiada ulasan:

ANDA MUNGKIN MEMINATI :-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...