Hari ni hari rajin umi..rajin beno buat bebola ayam yang berapa nak bola tu..jenuh jugak nak pedo bagi jadi bulat tu..tapi walaupun tak berapa bulat, bentuk cacamerba tetap sedap yum yum.
Jadi hari ni umi bagi resepi combo tau resepi bebola ayam n bebola ikan.
Dua tiga hari lepas umi dah buat bebola ayam tapi adunannya kurang best sikit bab masa tu tak ada tepung ubi, umi hentam ja tepung jagung..kejadiannya cantik juga cuma tak kenyal n lembut..
Tapi anak-anak umi sedap jugak..camna umi buat pun depa tetap kata sedap..
Kali ni umi buat banyak jadi siap ja umi rebus terus pakat ambik makan dengan nasi, lauk umi masak untuk lunch hari ni depa wat tak tau ja..sedap makan bebola..ikut la, janji makan nasi yea anak-anak.
Ok dah la, malas nak cerita panjang-panjang, boleh tengok resepi ni kalau nak buat bebola ya..
tak susahpun nak sediakan makanan sihat untuk anak. Dah tau anak suka makan segala bebola tu baik kita buat sendiri dari beli kat kedai, sebabnya fast food ni tak elok untuk kesihatan..apa yang anak2 suka belom tentu baik, jadi kita yang jadi mak ni kenala do something untuk elak anak kita makan makanan camtu ya..
Jom Buat bebola...
BEBOLA AYAM..
400gm ayam kisar
3 sudu daun sup hiris halus
3 sudu lobak merah hiris halus
garam cukup rasa
1 sudu gula
1 sudu cuka
100gm tepung ubi
2 sudu tepung gandum
campur semua bahan hingga sebati. cuba bentuk bulat, kalau adunan terlalu lembik tambah tepung..
bentukan suka hati anda kemudian rebus hingga bebola tersebut timbul..bolehla diangkat dan sejukkan.
BEBOLA IKAN
1kg ikan kayu/aya/tongkol diambil isi saja,
200gm tepung ubi
3 sudu tepung gandum3 sudu daun sup hiris halus
3 sudu lobak merah hiris halus
garam cukup rasa
2 sudu gula
2 sudu cuka
100ml air sejuk/ais
kisar isi ikan bersama air sejuk, garam, gula dan cuka hingga sebati
keluar ikan dari pengisar masukkan bahan lain dan adun sebati..cuba bentukan adunan menjadi bulat..jika masih lembik tambahkan tepung.
bentukan aduan dan rebus hingga bebola tadi timbul, setelah timbul bolehlah diangjat dan sejukkan.
bebola ni boleh dimakan terus atau boleh digoreng, dimasak bersama bihun, mee, atau spageti.
selamat mencuba...
* ni bebola umi dah siap pek, boleh guna bila perlu, jimatkan
Rabu, 16 Januari 2019
Jumaat, 4 Januari 2019
TELUR PEDAS
Apa korang masak time rasa malasnya nak masak tapi perut lapar..nak masak simple ja tapi sedap makan nasi..
Kadang umi ada dalam situasi macam tu ha ha..kena jugak rajinkan dirikan..demi perut sendiri, suami dan anak-anak..
Menu simple untuk ibu-ibu yang bekerja dan tak banyak masa nak masak yang renyah..
-Panaskan minyak
-tumis 2 senduk cili kisar (umi guna cili siap kisar )
-masukkan gula, garam dan sos tomato..biarkan hingga pecah minyak
-pecahkan telur, jangan biarkan kuningnya pecah ya, masukkan dalam kuah tadi..
-biarkan hingga telur masak, boleh jugak kalau yang suka telur separuh masak.
-kalau kuahnya kering boleh tambahkan
-pastikan semua cukup rasa, dah siap untuk dihidangkan..

AYAM KICAP KLASIK
Dulu masa umi kecik2 kalau ada kenduri kat kampung, salah satu menu yang dimasak dikampung ialah masak kicap..kiranya menu untuk budak-budak la tak boleh makan pedas..
Memang sedap masak kicap kenduri ni..simple saja cara masak tapi selera makan tu bertambah-tambah sebab makan ramai2 sama kot kan..
Hari ni umi nak kongsi resepi ayam kicap zaman umi kecik2..sebab tu umi namakan ayam kicap klasik..
Ayam kicap ni memang macam2 resepi ada kan..ikut cara masing-masing..umi pun kalau buat ayam kicap tukar2 resepi dia..tp resepi ayam kicap klasik paling anak2 umi suka..
Caranya mudah saja macam ni...:-
ayam potong dan goreng sparuh masak
bawang besar 2 biji belah n kisar
bawang putih 3 ulas belah kisar
2 sudu besar jintan manis kisar halus
1 inci halia potong dan kisar
3 biji kentang potong
kicap secukupnya
ayam di goreng separuh masak dan ketepikan...guna minyak yang sama tumis semua bahan yang dikisar hingga naik bau dan pecah minyak..
masukkan kicap ayam dan kentang, tambah air supaya kentang empuk dan kuah tak hangit..
masak hingga kentang dan ayam empuk..
akhir skali boleh tambang bawang besar potong gelang dan cili untuk hiasan..
tadaaa siap untuk santapan..

Langgan:
Catatan (Atom)