Jumaat, 7 September 2018

DONUT COKLAT

Petang yang indah ni nak kongsi resepi donut coklat..
Sapa yg suka resepi donut yg selalu buat boleh teruskan...
Sapa nak try yg ni boleh la buat..
Resepi ni hakak buat banyak tau bab simpan beku tiap kali anak nak makan goreng ja..anak2 mmg suka sangat donut ni..jadi pagi petang kena goreng donut ni hi hi. 1kg tepung dapat dalam 70-75 biji..tapi pagi petang kena goreng tak sampai 2 hari licin donut ni...tak sempat beku pun.

ni resepinya...

Tepung gandum 1kg
Yis mauripan sepeket
Susu tepung 2 sudu
Gula 4 sudu
Garam 2 sudu
Shortening 2 sudu
Mentega 2 sudu
Air suam 500ml
Telur 2 biji
Cara:-
1- bancuh susu, 2 sudu gula dengan air suam dan masukkan yis biar sampai kembang
2-dalam bekas lain masukkan shortening, mentega, telur dan garam kacau spai sebati..
3-satukan yis yg telah kembang dengan bancuhan shortening kacau kemudian masukkan tepung sikit2 pastu uli..doh ni mmg lembut sikit tapi jgn tambah tepung dah ya..biar doh spai kembang 2x ganda.
4- bila dah kembang uli sikit pastu canai jgn nipis sgt agak2 la noh..pastu terap ngan gelas ka cawan ka ikut saiz ampa nak la..
5- pastu letak coklat atas doh yg dah canai bulat2 tadi pastu bunjutkan dia..
6- lepas bunjutkan biar dia kembang lg skali pastu boleh la goreng..
7-lepas goreng sejukkan sikit salut gn gula..
Dah siap..sedap makan masa panas2 bab coklat dia cair n donut ni rangup ja..
P/s..masa bunjut tu tutup betoi2 coklat tu tau..takut nnti pecah ms tengah goreng.





NASI ARAB MANDY

Dah lama sangat la umi tak post resepi kat sini...dah bersawang blog ni..terima kasih la pada silent reader yang rajin dok jenguk blog ni. Masa dan keadaan tak mengizinkan umi nak aktif dgn blog ni..sekarang dah ok boleh la buang sawang sapu sampah sikit kat blog ni.

kali ni umi nak kongsi resepi  Nasi Arab Mandy Yaman (asli tau). Umi selalu ambik tempahan untuk buat nasi arab ni..jadi kalau malas nak masak nak order terus dari umi pun bole, kita kasi hantar sampai depan pintu..

Selalu buat nasi ni, tapi tak pernah kongsi resepi lagi..yang ni cara umi punya la ya...
rempah untuk nasi ni homemade tau..kalau nak boleh order kat umi ya di no 018-9450256



NASI MANDY

Bahan.
Ayam seekor tpulang nk potong berapa akak potong 4
Beras basmathi 1kg
Daun ketumbar 1 pokok potong
Tomato 1biji potong dadu
Bawang besar 2 biji potong dadu
Bawang putih 1labu diketuk
Rempah mandy 60gm @ 3sudu bsr
Yogurt 3 sudu bsr
Cara:-
1-ayam lomoq(lumur) dgn garam, kunyit n rempah mandy..biar dlm sejam
2-panas minyak tumis kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang kemudian masukkn bawang, tomato dan daun ketumbar..biar sampai layu
3-masuk rempah mandy dan sikit air sbb xmau bg hangit dan masuk yogurt
4-masukkan ayam dan segelas air biar spai ayam empuk
5-bila ayam dah empuk angkat letak dalm tray dan bakar suhu 250 selama 1/2jam
6-masukkan beras lepas angkat ayam kacau beras dulu sebelum tambah air..biar sebati n biar ada bunyi kering sikit tp jgn bagi hangit noh...lps tu baru tambah air ikut sukatan ya..masak nasi seperti biasa nk senang masuk rice cooker ja..
P/s - ayam tu tpulang nak angkat ka tak ya..klu nak masak dengan beras pun boleh..akak x suka camtu nnti payah nak ambik ayam hi hi
Rempah mandy boleh dapatkan kat pasaraya atau pm akak pun boleh..akak pun ada jual hi hi

MISTERI LAUT MATI

Laut Mati  merupakan tasik air masin yang terletak di sempadan Jordan dan Tebing Barat.

Pantainya berada di kedudukan serendah 418 m di bawah aras laut yang merupakan kedudukan terendah di atas daratan dunia dan juga tasik masin yang terdalam dengan kedalaman 330 m.

Airnya mempunyai kemasinan kedua tertinggi di dunia selepas Laut Asal di Djibouti dengan kemasinan sebanyak 33.7 %. Ini lebih kurang 8.6 kali lebih masin dari laut biasa.

Oleh sebab itu tiada satu pun hidupan yang boleh hidup di dalamnya. Tasik ini berukuran 67 km panjang dan 18 km lebar. Cabang sungai utamanya ialah Sungai Jordan.

LAUT MATI TERBENTUK RENTETAN DARI KISAH NABI LUTH DAN KAUMNYA 

Wahai saudari, sudikah saudari menerima kami sebagai tetamu keluargamu?” ujar salah seorang daripada tiga malaikat yang menjelma sebagai pemuda tampan bertubuh sasa itu.

Si gadis yang sedari tadi begitu leka mencedok air dari perigi itu terkejut. Hampir sahaja timba yang sedang dipegangnya lucut ke dalam perigi. Wajahnya menjadi pucat. Lidahnya serta-merta kelu. Dia tidak dapat berkata apa-apa. Hatinya tiba-tiba diserang bimbang. Kebimbangan yang bukan disebabkan oleh kehadiran pemuda-pemuda kacak di hadapannya itu.

Tetapi kerana dia telah dapat mengagak apa yang bakal berlaku sekiranya mereka diterima bertamu di rumahnya.
Anak gadis Nabi Luth itu cukup arif dengan amalan buruk warga Sadum yang pantang melihat lelaki muda, berwajah tampan dan bertubuh sasa. Pasti anak muda itu menjadi mangsa untuk memuaskan nafsu serakah mereka. Pada mereka, wanita tidak ada daya tarikan langsung. Lelaki hanya untuk lelaki, manakala wanita untuk wanita.

“Apa yang harus aku jawab kepada mereka,” bisik si gadis itu sendiri. Dia menjadi begitu serba salah.
“Apakah kedatangan kami ini menganggu saudari?” tanya pemuda itu kembali. “
” Oh tidak. Tapi… bolehkah tuan-tuan tunggu di sini sebentar. Biar saya maklumkan dahulu kepada bapa saya,” balas si gadis terputus-putus. Dia mencapai bekas air yang hampir penuh dan pulang dengan tergesa-gesa.

Demi mendengar kedatangan tiga tetamu muda remaja itu, Nabi Luth mula gusar dan berasa tidak tenteram. “Ini adalah hari yang amat sulit bagiku,” kata Nabi Luth.
Baginda amat mengerti apakah akibatnya seandai kedatangan para tetamunya itu diketahui oleh kaumnya. Namun tabiatnya yang suka menerima tetamu, tetap kuat mendesak meskipun risiko yang terpaksa diterimanya sangat tinggi. Hari sudah menjelang malam, baginda sendiri pergi menjemput para tetamunya itu.

Kepada isteri dan puteri-puterinya dipesan agar perkara itu dirahsiakan, jangan sampai tersebar kepada orang ramai. Kelak mengundang bahaya yang besar. Malangnya, si isteri tidak mampu berlaku setia. Dihebahnya berita perihal tetamu-tetamu mereka kepada kaumnya.
Sebaik sahaja mendengar berita yang menarik dan sangat ditunggu-tunggu itu, bergegas dan berpusu-pusulah mereka ke rumah Nabi Luth.

“Wahai Luth! Bukakan pintu ini dan serahkan anak-anak muda itu kepada kami. Kami sangat memerlukan mereka. Buka pintu ini cepat!” Salah seorang daripada mereka terjerit-jerit sambil menendang daun pintu rumah Nabi Luth.
“Wahai Luth! Engkau larang kami dari mendekati anak muda, sebaliknya engkau sendiri menyimpan tiga orang pemuda,” jerit satu suara yang lain.

“Ya Allah, selamatkanlah kami,” doa Nabi Luth sambil memandang ke arah para tetamunya.

“Wahai kaumku! Aku ada anak gadis. Aku bersedia mengahwinkan kamu dengan mereka sekiranya kamu mahu. Tinggalkanlah perlakuan buruk kamu selama ini. Dan janganlah kamu ganggu para tetamu kami ini.”
Nabi Luth tidak henti-henti menasihati kaumnya.

“Ah! Usah hendak bersyarah di sini. Kami ke mari bukan untuk mendengar leteranmu. Kami ke sini untuk bersuka ria.” Suara-suara mereka kian tegas dan semakin tidak terkawal.
“Hai Luth! Engkau sememangnya tahu kami tidak perlu kepada wanita. Tapi kami yakin engkau tahu apa yang kami perlukan sekarang.”

“Baik engkau serahkan mereka kepada kami segera. Kalau tidak kami akan pecah-pecahkan pintu ini.”
Nabi Luth tahu kemungkaran apa yang akan terjadi sekiranya tetamunya jatuh ke tangan mereka yang telah tenggelam dalam perlakuan yang melampaui batas itu. Baginda juga sedar, kalau dipertahankan sekalipun, mereka pasti cuba untuk menceroboh masuk. Kini, apa yang mampu dilakukan oleh Nabi Luth hanyalah berdoa kepada Allah SWT. Hanya kepada Allah sahajalah tumpuan terakhir, tempat baginda berserah diri dan bergantung harap.

Namun baginda dapati suatu keanehan; tiada terbayang walau sedikit pun tanda-tanda kebimbangan pada wajah para pemuda itu. Mereka kelihatan begitu tenang dan bersahaja.
“Wahai Luth! Usah khuatir dengan ugutan mereka,” kata salah seorang daripada pemuda itu. Nabi Luth seakan-akan tidak percaya dengan apa yang diucapkan oleh salah seorang tetamunya. Baginda memandang tepat ke arah pemuda yang bersuara itu. Bunyi ketukan pada pintu bertambah kuat dan keras.

“Wahai Nabi Allah! Sebenarnya kami adalah malaikat utusan Tuhanmu. Kami jamin mereka tidak akan dapat mengganggu kamu. Bawalah keluarga dan pengikutmu keluar dari sini di akhir malam ini kecuali isterimu kerana dia termasuk golongan yang derhaka.”

Kini, barulah Nabi Luth sedar bahawa pembalasan dari Allah ke atas sikap keterlaluan kaumnya telah hampir tiba..Tepat ketika seperti yang ditentukan oleh Allah, penglihatan kaum yang derhaka itu ditarik, dan serta-merta segalanya makin kelam, hitam. Setiap mata telah menjadi buta. Akibatnya, keadaan menjadihingar-bingar dan bercelaru. Masing-masing jadi buntu dan hilang haluan, lantas bertembung antara satu sama lain.

Menjelang Subuh, tatkala Nabi Luth, beberapa keluarga dan pengikutnya sudah berada agak jauh dari sempadan kota Sadum, maka turunlah azab Allah SWT. Allah memerintahkan malaikat memotong kedua-dua belah sempadan bumi warga Sadum itu dengan kedua-dua sayapnya. Kemudian bumi itu dijulang tinggi ke langit dan diterbalikkan bahagian yang atas ke bawah, yang bawah ke atas, lalu dihempas sekuat-kuatnya ke dasar bumi. Hancur berkecailah kota Sadum dan turut terkuburlah sama para pengamal homoseks di perut buminya.

Kemudian kawasan itu dihujani pula oleh batu-batu daripada tanah yang terbakar dengan bertubi-tubi. Dan di dataran itu jugalah akhirnya terbentuknya sebuah lautan. Lautan yang digelar sebagai `Laut Mati`.

Ia adalah lambang kebesaran kerajaan Tuhan, juga sebagai tanda keadilan-Nya di dunia lagi agar manusia sentiasa mengagungkan dan membesarkan syariat-Nya..WALLAHUALAM...

ANDA MUNGKIN MEMINATI :-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...