Dah lama umi teringin nak buat spaghetti salad ni, tapi babah macam tak nak ja. Maybe babah tak bayangkan macamana spaghetti salad kot, umi pun tak sebut lak nama len macam kerabu spaghetti ka he he.
Akhirnya umi berjaya jugak buat, sebabnya ada ikan kayu bakar lebihan makan tengahari. Maklumla tuna dah tak di benarkan dalam rumah ni. Lagipun Nusair Sodiq elegik dengan tuna atau sardin dalam tin ni. Kalau dia maka mesti pipi dia akan jadi bintik2 merah. Jadi bila buat ikan segar ni boleh la dia makan.
Jom tengok resepi yang sangat simple tapi sangat sedap. Nusair pun masa makan tak habis-habis bagitau "emmm dap...emmm dap"
Bahan-bahannya:-
1 mangkuk isi ikan yang dibakar atau di goreng dan dihancurkan
(ikut laya nak guna isi ikan apa, umi guna ikan kayu lembut)
1 biji buah tomato di potong kecil dan nipis
1 biji bawang besar di potong nipis
1/2 paket spaghetti di rebus hingga lembut
1/2 batang lobak merah di potong panjang dan nipis (di celur)
sedikit hiriskan cili padi jika mahu pedas
1 biji limau nipis di perah airnya
1sudu besar gula
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil garam
3 sudu besar mayonis
Caranya:-
1-Dalam mangkuk besar larutkan gula dan garan dengan 2 sudu air panas kemudian masukan semua bahan kecuali spaghetti. Gaulkan hingga rata.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan