~ KEUTAMAAN & PAHALA BAGI ISTRI SHOLEHAH
1. Satu orang wanita yang solehah lebih baik daripada 70 orang wali atau laki-laki yang sholeh.
2- Satu orang wanita yang jahat akhlaqnya, lebih buruk daripada 1000 orang laki-laki yang juga jahat akhlaqnya.
3- Dua raka’at sholatnya wanita yang sedang hamil, lebih baik daripada 80 raka’at sholatnya wanita yang tidak hamil.
4-Apabila seorang suami pulang kerumah dalam keadaan gelisah dan tidak tentram, kemudian sang istri menghiburnya, maka ia akan mendapatkan setengah dari pahala jihad.
5-Wanita yang hamil sampai ia melahirkan anak, maka Allah Swt. akan memberikan pahala kepadanya bagaikan pahala berpuasa di siang hari dan sholat sepanjang malam.
6. Seorang wanita yang meninggal dunia pada masa 40 hari setelah ia melahirkan anak, maka ia akan mendapatkan pahala syahid.
7. Jika seorang anak menangis pada malam hari dan ibunya tidak memarahinya, dan bahkan membujuknya, maka ibu itu akan mendapat pahala ibadah.
8. Seorang wanita yang melahirkan akan mendapatkan pahala 70 tahun sholat sunnat dan puasa, dan setiap kesakitan yang di alaminya ketika melahirkan akan mendapat pahala haji yang mabrur.
9. Seorang wanita yang tidak dapat tidur pada malam hari karena mengurus anaknya yang sakit atau demam, maka Allah Swt. akan memberikan pahala kepadanya seperti pahala memerdekakan 20 orang hamba sahaya.
10. Wanita yang tidak dapat tidur pada waktu malam karena menyusui anaknya, Allah Swt. akan mengampuni dosa-dosanya dan di beri pahala 12 tahun ibadah.Itulah beberapa pahala dan keutamaan menjadi wanita yang solehah.
11. Wahai wanita, jika suami minum air yang disediakan istrinya maka hal itu lebih baik dari puasa 1 tahun.
12. Jika istri menyediakan makan dan suami memakannya, maka hal tersebut lebih baik dari mengerjakan haji/umrah.
13. Junub istri karena melayani suami lebih baik dari qurban 1000 kambing.
14.Tidak akan putus pahala istri yang siang malam menggembirakan suami.
15. Wanita yang menjaga kehormatannya dan taat pada suami maka dapat masuk pintu syurga dari arah yang disukainya.
16. Wanita yang dapat memelihara anak dengan baik dapat menjadikannya benteng dari neraka.
17.Jika wanita memandang yang baik dan harmonis kepada suami hal tersebut sama dengan dzikir.
18.Hamil istri adalah syahid dan khidmat dan suaminya adalah jihad.
Jumaat, 28 Februari 2014
TIP UNTUK MENGUATKAN GIGI ANAK
Salam...
kuatkan gigi anak dan mencegah dari mudah rosak.
Hari ni umi nak bagi petua yang di turunkan oleh ibu umi. Petua untuk
kuatkan gigi anak dan mencegah dari mudah rosak.
Caranya mudah sahaja cuma perlu di lakukan ketika anak kita masih belum tumbuh gigi. Ambil sehiris daging cuci sampai bersih kemudian gosokkan di sekeliling gusi anak anda.
Bagi yang anaknya sudah pun ada gigi tak dapatla nak guna petua ni. Umi dah cuba cara ni Alhamdulillah berkesan la setakat ni, anak umur 4tahun gigi cantik lagi, walaupun sangat kerap makan gula-gula. Ibu umu juga guna petua ni kat adik umi, emm gigi dia memang cantik..
Jumaat, 21 Februari 2014
ROTI ARAB
Salam sejahtera...
RESEPI ROTI ARAB
1 sudu besar mauripan
1 sudu besar gula
1/2 cawan air suam
2 1/2 gelas tepung gandum
2 sudu besar magerin
secubit garam
air secukupnya untuk menguli
CARANYA
1-larutkan gula dalam air suam dan masukkan mauripan. Biarkan sehingga berbuih.
2-dalam bekas lain masukkan tepung, kemudian masukkan larutan mauripan tadi gaulkan,
3-masukkan mentega gaul lagi.
4-masukkan air yang dilarutkan dengan secubit garam sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh. Tutup doh dengan kain lembab dan biarkan hingga naik 2 kali ganda.
5-canaikan doh tapi jangan terlalu nipis ya dan tekapkan dengan acuan bulat.
6-panaskan minyak dan goreng roti. Pasti roti di goreng dengan minyak yang banyak, kira boleh tengelam la roti tu.
Rasa dah lama umi tak tulis resepikan. Hari ni umi nak kongsikan resepi roti arab. Umi pun dah tak ingat umi ambil resepi ni dari blog mana sebab selalu search resepi mesti buka banyak dan bandingkan.
Dah banyak kali umi buat roti arab ni, masa mula buat dia tak berapa nak kembung sangat, buat kali kedua dia kembung tapi jadi agak berat. Kali ketiga buat baru jadi cantik mengelembung sekata dan lebih ringan. Nanti umi akan berikan petua macamana nak dapat roti arab yang mengelembung cantik tu ok. Untuk cicahnya pula boleh dimakan dengan kari ayam pekat-pekat tu atau kuah sardin. Terpulangla nak cicah dengan kuah apa ya janji sedap he he.
Roti arab ni selalu umi buat kalau umi sekeluarga nak travel jauh, maklumla anak ramai kalau nak berhenti di R&R memang susah, letih kepung anak ja xsempat nak makan.jadi umi bawa bekal berhenti di hentian sebelah makan dekat gazebo, baby boleh letak, anakyang besar boleh makan dan main, umi dan babah boleh makan dan rehat lebih selesa.
RESEPI ROTI ARAB
1 sudu besar mauripan
1 sudu besar gula
1/2 cawan air suam
2 1/2 gelas tepung gandum
2 sudu besar magerin
secubit garam
air secukupnya untuk menguli
CARANYA
1-larutkan gula dalam air suam dan masukkan mauripan. Biarkan sehingga berbuih.
2-dalam bekas lain masukkan tepung, kemudian masukkan larutan mauripan tadi gaulkan,
3-masukkan mentega gaul lagi.
4-masukkan air yang dilarutkan dengan secubit garam sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh. Tutup doh dengan kain lembab dan biarkan hingga naik 2 kali ganda.
5-canaikan doh tapi jangan terlalu nipis ya dan tekapkan dengan acuan bulat.
6-panaskan minyak dan goreng roti. Pasti roti di goreng dengan minyak yang banyak, kira boleh tengelam la roti tu.
PETUA:- Setelah masukkan roti dalam minyak panas, curahkan minyak atas roti, setelah nampak sedikit gelembung tekan bahagian gelembung tersebut hingga roti tengelam dalam minyak. Roti ni dia panas baran sikit, lagi kita tekan dia lagi dia marah dan terus gelembung.Jadi korang tekan-tekan dia sampai ladia gelembung sepenuhnya dan sekata.
Khamis, 20 Februari 2014
TIP DIDIK ANAK SUKA MAKAN SAYUR
Salam semua...
Umi pasti semua ibu maklum tentang khasiat sayur. Tapi kebanyakan kanak-kanak tidak sukakan sayuran termasuklah kartun kegemaran anak-anak kita Upin Ipin. Bagaimanapun ibu perlulah mencuba supaya anak suka makan sayur. Kelebihan sayur yang berwarna-warni memainkankan peranan penting untuk memudahkan kita mendidik anak suka makan sayur.
Tapi ibubapa juga perlulah suka makan sayur, kerana selalunya anak akan makan apa yang ibubapanya makan. Bagi ibu yang di luar sana yang telahpun mempunyai anak berusia setahun keatas pasti bersetuju dengan pendapat umi tu. Umi pun dah tengok pada anak umi. Apa yang umi suka anak umi pun suka, apa yang babah suka anak umi pun suka. Apa yang umi tak suka anak umi pun tak suka. Contohnya umi dan babah suka makan sayur, ikan dan ais krim. Anak umi tiga- tiga beradik juga suka makan tu. Umi tak suka buah yang masak ranum macam mempelam dan rambutan. Anak umi juga tak suka walaupun umi suap mereka.
Jadi untuk mendidik anak sukakan sayur ibubapa perlu suka dan selalu makan sayur. Jika anak lihat kita makan mereka juga ingin merasa dan mencubanya. Ibu boleh membuat sup sayur, kerana anak lebih suka makan berkuah. Sebagai permulaan ibu perlulah memilih sayur yang tidak mengeluarkan rasa pahit. Kerana jika anak mula merasa sayur tersebut pahit, minda mereka akan set bahawa sayur tidak sedap dan pahit. Ibu boleh memilih sayur seperti lobak merah, brokoli, bunga kobis, kangkung, kobis, kacang buncis, kacang panjang, bayam dan sebagainya. Kalau boleh setiap kali membuat menu sayur perlu pelbagaikan warna supaya dapat menarik minat anak. Mungkin ibu boleh jadikan sup sayur sebagai menu makan malam, boleh juga di campurkan dengan bihun, koteaw atau mee supaya lebih mengenyangkan.
Ibubapa juga perlu sentiasa memberitahu anak bahawa sayur baik untuk kesihatan, seperti "makan sayur nanti sihat" " makan carrot nanti mata cantik" jadi anak kita juga akan setkan di minda mereka makan sayur sihat. Perlahan-lahan mereka akan sukakanya. Ibu tidak perlulah memaksa anak untuk makan kerana anak akan belajar menyukainya sedikit demi sedikit. Ibu perlu perhatikan sayur mana yang dia lebih suka dan cuba berikan lebih sayur yang di sukainya dan sedikit sayur yang kurang di sukai. Kerana sayur yang sedikit itu nanti akan mula dirasai dan akhirnya dia akan mula mengemari sayur itu. Jadi ibu janganlah berputus asa dalam mendidik anak sukax makan sayur ya.
Selasa, 18 Februari 2014
MENU ANAK 1+
Salam semua...
Sup
2 ulas bawang putih ditumbuk
isi ayam / daging dikisar
1 biji telur
sedikit lobak merah dihiris halus
1/2 sudu serbuk sup
1 cawan air
Caranya
1- tumis bawang hingga naik bau
2-masukkan serbuk sup serta air biarkan seketika
3-masukkan isi ayam/ daging serta lobak merah masak hingga lembut.
4-pecahkan telur dan kacau supaya telur pecah dalam kuah.
5-setelah mendidih masukkan garam dan padamkan api.
Untuk mee, bihun atau koteaw celurkan dalam air panas seketika. Tapi bihun perlulah celur hingga lembut ya.
Selamat mencuba...pasti anak anda suka...
Jangan lupa tinggalkan komen ya..
Untuk kali ini umi masih lagi bercakap pasal menu untuk anak berusia setahun dan keatas. Anak jika setiap hari hanya makan nasi tentu bosan jugakkan. Jadi tak salah jika kita ubah seperti mee, bihun atau koteaw. Ibu hanya perlu buat sup saja untuk dimakan dengan mee, bihun atau koteaw. Untuk resepi sup seperti di bawah.
Sup
2 ulas bawang putih ditumbuk
isi ayam / daging dikisar
1 biji telur
sedikit lobak merah dihiris halus
1/2 sudu serbuk sup
1 cawan air
Caranya
1- tumis bawang hingga naik bau
2-masukkan serbuk sup serta air biarkan seketika
3-masukkan isi ayam/ daging serta lobak merah masak hingga lembut.
4-pecahkan telur dan kacau supaya telur pecah dalam kuah.
5-setelah mendidih masukkan garam dan padamkan api.
Untuk mee, bihun atau koteaw celurkan dalam air panas seketika. Tapi bihun perlulah celur hingga lembut ya.
Selamat mencuba...pasti anak anda suka...
Jangan lupa tinggalkan komen ya..
Ahad, 16 Februari 2014
TIP MENDIDIK ANAK TIDAK MEMILIH MAKANAN
Pada usia mencapai 1 tahun selalunya anak anda telahpun mempunyai gigi. Jadi ibu boleh menambahkan atau mempelbagaikan menu anak anda supaya dia tidak jemu. Umi pernah berjumpa dengan doktor perubatan homeopaty. Doktar tersebut memberitahu kepada umi tentang cara mendidik anak makan pelbagai makanan.
Kata doktar tersebut apabila anak sudah boleh menerima makanan pejal kita boleh berikan apa sahaja pada anak kita.Terpulang pada seleranya. Jika kita menghidangkan makanan dan anak kita ingin mengambil ikan kita berikan padanya, berikan sahaja apa yang di tunjuknya hatta satay sekalipun. Doktor itu memberi tahu umi beliau telah memberikan anaknya satay ketika berusia 8bulan. Usah risau anak anda akan tercekik kerana anak anda tahu apa yang mampu di telan dan apa yang tidak boleh ditelan. Lidahnya akan merasa makanan tersebut, dia akan mengigit mengunakan gigi dan gusinya, jika ianya keras atau liat maka anak anda akan meluahkannya. Jadi tak hairanlah jika kita lihat bayi kita sering meluahkan makananya. Jika kita tidak membiasakan anak kita dengan pelbagai makanan maka apabila dia besar dia menjadi anak yang suka memilih makanan dan agak sukar untuk makan. Jadi tak perlulah menghalang dan menyekat keinginan ank anda.
Anak ketika kecil dia masih belum pandai memilih makanan tetapi dia memilih mengikut warnanya. Jika warna makanan tersebut boleh menarik perhatiannya, maka dia akan memilih makanan tersebut. Jadi ibubapalah yang boleh mendidik anak-anak supaya menjadi suka memilih makanan atau tidak. Jika anak kita sukar untuk makan mungkin itu kerana kita suka menghalangnya makan ketika kecil. Kata-kata ibu "tak boleh makan itu sebab keras, tak boleh makan ini sebab pedas, tak boleh makan itu nanti tercekik". Kata seperti itu akan dirakamkan dalam memori anak anda hingga dewasa dan menyebabkanya sentiasa tidak berselera untuk makan dan hanya makan makanan tertentu sahaja. Jadi tak perlulah anda menyekat seleranya. Biarlah dia merasa dan makan mengikut seleranya.
MENU BAYI 6+ II
Pada usia 6 bulan dan keatas terdapat perbagai jenis nestum yang terdapat di pasaran. Ibu-ibu boleh memilih samada memberikan nestum beras, gandum atau beras perang yan dicampur dengan pelbagai perasa seperti ikan bilis, madu,susu dan buah-buahan. Mungkin ibu boleh sering menukar nestum bayi bagi mempelbagaikan rasa untuk bayi anda. Umi juga memberikan nestun sebagai makanan tambahan untuk bayi umi. Umi hanya mengunakan nestum gandum dan madu. Umi sering menambahkan 1 atau 2 sudu dalam susu bayi untuk setiap kali peryusuan. Ini membantu bayi tidur dengan lebih nyenyak dan lama kerana perutnya terasa lebih kenyang. Apapun ibu-ibu boleh jugamemilih nestum beras dan susu mengikut selera bayi untuk di campur dengan susu bayi anda, tetapi pilihlah yang bersesuaian kerana jika ibu memilih nestum beras dan ikan bilis tentu rasanya agak pelik jika dicampurkan dengan susu bayi anda.
Antara menu lain yang boleh ibu-ibu boleh berikan kepada bayi ialah bubur nasi yang direbus hingga berasnya menjadi hancur bagi memudahkan penghadaman bayi. Untuk mempelbagaikan rasanya ibu boleh menambahkan isi ayam atau daging. Isi ayam atau daging tersebut perlulah dikisar halus dan di rebus bersama beras, bubur nasi tersebut akan menjadi lebih sedap dan manis kerana isi daging atau ayam tersebut, ibu tak perlulah memberi isi daging dan ayam yang berketul kepada bayi kerana bimbang tercekik kerana pada usia ini bayi masih belum mempunyai gigi untuk mengunyah, tetapi jika bayi sudah mempunyai gigi bolehlah ibu memberikan isi yang kecil yang dikisar. Selain menambah isi daging atau ayam ibu juga boleh menambahkan isi ikan. Sebenarnya memberi isi ikan lebih baik kepada bayi anda. Usah risau dengan kata-kata dongeng jika memberi ikan kepada bayi boleh menyebabkan cacing. Itu hanyalah teori yahudi yang diterbalikkan. Anak-anak orang yahudi lebih bijak kerana mereka suka memberikan bayi mereka makan ikan. Selain ikan ibu juga boleh menambahkan ikan bilis yang telah digoreng dan dikisar halus. Tetapi ibu perlukan mengopek tulang ikan bilis tersebut sebelum di goreng kerana kadang-kadang masih terdapat tulang halus wal aupun ikan bilis tersebut telah dikisar.
Untuk menambahkan khasiat kepada bayi ibu boleh menambahkan sayuran dalam bubur bayi seperti lobak merah, daun sawi, kentang, brokoli dan sebagainya. Umi lebih gemar menambah pelbagai sayuran supaya bubur bayi mempunyai 3 warna seperti putih untuk nasi, oren untuk lobak merah dan hijau untuk sawi. Jika ibu risau tentang pengadaman bayi ibu juga boleh mengisar bubur yang rebus tadi bersama sayuran. Jika ingin mengisar bubur tersebut ibu hanya perlu masukan satu jenis sayuran setiap kali memasak. Jadi bubur bayi anda hari ini mungkin berwarna oren, esok hijau dan lusa kuning. mungkin itu lebih menyelerakan bayi anda. Selamat mencuba.
Sabtu, 15 Februari 2014
MENU BAYI 6+ I
Sebelum ini umi ada menceritan tentang penjagaan bayi. Kali ini umi berkongsi menu untuk bayi pulak. Setelah berusia 6bulan bayi sudah boleh mula makan makanan seperti nestum, bubur nasi dan sebagainya. Selain itu ibu juga boleh memberikan bubur yang dimasak mengunakan tepung beras. Caranya :-
2cawan tepung beras di goreng tanpa minyak mengunakan api perlahan.mesti di kacau selalu supaya tidak hangit. Goreng tepung tersebut hingga menjadi warna kekuningan ya, itu tandanya tepung tersebut telah masak. Tepung yang siap di goreng boleh disimpan.
Cara membuat bubur :-
1 @ 2 sudu besar tepung beras yang telah siap di goreng.
1/2 cawan air
1sudu kecil gula
-kacau semua bahan diatas dan masak mengunakkan api yang perlahan. Perlu dikacau sepanjang masa untuk mengelakkanya menjadi bubur rentung ya he he.. Bila bubur mulai likat dan kental tutup api dan sejukkan.
Bila dah sejuk ibu boleh berikan bayi makan seperti biasa. Umi dulu selalu buat bubur ni ketika hantar anak kepada pengasuh, sebab ianya mudah dan cepat disediakan. Bubur ni jugak halus dan mudah dihadam oleh bayi. Selalunya bayi tak akan sembelit kerana bubur ini. Jadi ibu tak perlu risau tentang perut bayi. Tapi ikut bayi juga kadang- kadang bayi tidak suka makanan yang lembik. Anak ketiga umi tak suka lembik- lembik, jenis-jenis bubur ni memang dia tak makan langsung termasuk nestum?
PENJAGAAN DAN MENU BAYI 0-6 II
Untuk mengelakkan bayi sering kembung dan terkena penyakit angin pasang surut, kita juga perlu demah perut dan kemaluan bayi. Umi tak pasti perkataan lain untuk demah tapi demah tu kita gunakan daun sirih panaskan dengan mengunakan tungku /lilin /pelita munyak tanah. Caranya kepitkan atau selitkan daun sirih pada jari kemudian layurkan pada api. Cuba letakkan pada belakang tangan anda untuk merasa suhunya supaya sesuai dengan bayi, jangan terlalu panas nanti melecur pulak perut bayi anda. Tekapkan seketika daun sirih yang dah dipanaskan pada keliling perut dan kemaluan bayi anda. Lakukan selepas mandi bayi.selepas demah bolehlah disapukan minyak angin pada perut bayi. Umi mengunakan minyak yang tak panas jadi umi juga sapukan kemaluan bayi dengan minyak tersebut. Untuk makluman bayi perempuan juga perlu di demah pada kemaluannya. Walaupun umi tak ada anak perempuan tapi ibu umi ada beritahu umi pasal bayi perempuan ni. Kalau kita demah kemaluannya bentuknya akan menjadi lebih baik dan lebih tertutup. Umi tak pandai nak terangkan secara detail, tapi harap ibu-ibu faham maksud umi ya. Kalau tak faham nanti boleh tanya umi. Tapi umi tak boleh nak terangkan disini. Malu laa...
Bayi dalam pantang atau yang berusia 3bulan kebawah mudah kena ruam lampin ini disebabkan kulit bayi belum cukup matang. Untuk mengelakkanya sapukan minyak gamat pada kemaluan dan celah paha bayi anda setiap kali menukar lampin. Minyak tersebut menghalang air kencing bayi terkena pada kulitnya. Jika bayi ada telahpun mengalami ruam lampin Anda boleh juga mengunakan minyak gamat tersebut untuk melegakannya atau anda boleh sapukan tepung ubi pada kemaluan dan celah paha bayi anda. Sebolehnya elakkan mengunakan bedak pada kemaluan bayi kerana ia lebih mudah terkenacruam lampin kerana bedak tersebut akan berkumpul dicelah paha bayi dan apabila ia kencing bedak tersebut akan basah dan melekat di celah pahanya menyebabkan kulitnya sentiass basah, lama- kelamaanya kulit bayi mula merah dan mula timbul bintik merah.
Ibu-ibu pasti susah hati bila melihat kepala bayi terdapat seperti daki kepingan berwarna kelabu. Hampir setiap bayi akan mengalaminya. Ia adalah perkara biasa bagi bayi. Daki tersebut boleh dihilangkan dengan mengunakan baby oil. Untuk mengelakkan dan mengurangkanya ibu perlu lebih kerap syampu kepala bayi. Gosok perlahan ketika mandi. In sha Allah daki tersebut akan beransur hilang.
PENJAGAAN DAN MENU BAYI 0-6
Kali ini umi ingin berkongsi pengalaman umi menjaga anak. Umi telah diberikan rezeki anak seramai 4 orang, setakat hari ini ya. Tak tahulah jika Allah masih akan memberikan rezeki anak lagi untuk umi selepas ini, kalau ada Alhamdulillah.
Anak-anak umi 3 orang lahir pramatang. Anak yang sulung kembar lahir pada usia 34 minggu dalam kandungan. Umi lahirkan mereka dengan cara normal, mungkin dah sampai masa mereka melihat dunia ini walaupun belum cukup matang dan berat hanya 1.5kg dan 2.1kg. Yang sulung berada di NICU selama 23hari dan berat mencapai 1.8kg.
Untuk menambah berat mereka agak sukar bagi umi pada permulaannya. Umi terpaksa membiasakan diri menjadi ibu dan menjaga 2 bayi serentak. Waktu menyusu mereka juga sama jadi agak sukar umi memberikan susu badan. Waktu rehat umi juga tidak pernah cukup dan sentiasa kelam kabut.
Setelah seminggu umi menjaga bayi kembar umi barulah umi mula biasakan diri dan mula dapat mengagak jadual susu bayi. Memang doktor, misi serta buku ada tertulis berkenan cara pemakan bayi. Tapi kadang-kadang tidak salah kita menguna pakai petua dan cara orang dulu-dulu dalam penjagaan bayi.
Ibu dan mertua umi banyak menurunkan petua dan tunjuk ajar pada umi. Antaranya untuk mengelakkan bayi suka menangis dan meragam ketika mandian terakhir bacalah surah Al-insyirah (alam nasyrah) tu dan hembuskan di ubun-ubun bayi. Petua tersebut memang umi amalkan pada 4 anak umi, Alhamdulillah mereka tak pernah meragam,bukan langsung tak pernah menangis, tapi kalau menangis mestilah bersebab macam kembung perut, tak selesa pada dengan pampes atau lapar, tak ada la asyik merengek ja.
Selain pemberian susu pada bayi. Umi juga memberikan air didih nasi sebagai sampingan. Umi mula beri ketika umur mereka 1bulan. Air didih nasi ni kita boleh ambil ketika nasi tengah mendidih dan airnya mulai pekat, jangan ambil ketika nasi baru mendidih kalau airnya tidak pekat mungkin bayi boleh kembung perut. Jadi pastikan ia pekat, selepas ambil air didih tersebut jangan lupa tambahkan air pada nasi nanti mentah pulak na,si tu. Selalu umi akan bagi air didih dalam 60ml 2 kali sehari tengah hari dan petang. Cara ini memang membantu bayi ada cepat membesar. Untuk makluman bayi lelaki ni dia cepat lapar sikit nak banding dengan bayi perempuan. Mungkin ada yang takut untuk memberi bayi makan, tapi orang dulu-dulu ketika dalam pantang pun dah bagi bayi makan macam pisang lenyek atau biskut 4 segi direndm dengan air suam. Tak ada pulak anak diorang ada masalah usus, elok ja membesar dengan sihat. Jadi anda tak tak perlulah takut untuk memberikan air didih nasi, cuma air kanji saja. Apapun terpulang pada ibu-ibu di luar sana la okey.
Rabu, 12 Februari 2014
APAM NASI
Akhirnya umi berjaya jugak hasilkan apam yang tersenyum lepas 5 kali mencuba. Itulah hikmah bersabar. 3 kali try buat apam tepung beras guna baking powder apam naik tapi masam ja tak mau senyum. Pastu umi tanya mak macamana nak buat apam nasi.
Mula-mula buat apam nasi masa tengah kukus gas habis lak. Terbantat la apam umi tu,tak sempat nak senyum. Hari ni buat lagi...Alhamdulillah elok ja dia naik sambil tersenyum simpul. Umi pun tersenyum sama seronok. Babah pun dapat breakfast dengan apam senyum sambil tersenyum, siap ucap tahniah kat umi lagi he he..
Apapun boleh tengok gambar apam ja dulu ok. Resepi nanti uni try banyak kali dan sentiasa berjaya baru umi bagi. Biar resepi yang betul-betul confident ok. Ni baru sekali berjaya 5 kali gagal. Lebih banyak yang gagal dari berjaya. Sapa-sapa yang terror buat apam ni boleh la kongsikan petua dengan umi supaya setiap kali umi buat dia senyum.
Anak-anak umi tak nak makan apam yang tak menjadi,babah la yang selalu habiskan. Bila umi tanya babah makan sebab sedap @ sebab lapar, babah kata lapar...hmm sian kat babah.

Isnin, 10 Februari 2014
HOMEMADE PIZZA II
Ini la rupanya pizza umi yang dalam serba kekurangan bahan dan peralatan. Lepas ni memang boleh buat lagi dan bakar mengunakan rice cooker...he he.Tak sangka umi ni creatif jugak orangnya he he...seronok jugak masuk bakul angkat sendiri ni hua hua.
Memang puas anak2 umi makan. Habis 4 biji pizza tu. Umi buat pun 6 biji ja. Lagi 2 biji rezeki umi dan babah la. Pizza ni rangup ckit sebab umi canaikan dia nipis kononnya takut tak masak, ya la umi sorang ja yang bakar pizza guna periuk, babah pesan lain kali buat tebal sikit, tapi rasanya anak2 suka pizza rangup ni he he...
Pizza tu umi buat 2 jenis 1-chiken aloha (kononnya la) 2-tuna mayo.
kalau u all nampak sedap boleh try buat ok. Tapi bakar guna oven yea, tak payah ikut umi bakar dalam periuk, sebab cuma orang kreatif cam umi ja boleh bakar guna periuk,nak try jugak boleh tapi kalau hangit sendiri tanggung dan sendiri makan ok, jangan bazir..

HOMEMADE PIZZA
Gara-gara tengok cerekarama bertajuk Lollypop yang makan pizza, anak umi Amir Husaini sibuk nak makan pizza. Selalu dia cuma tengok pizza dalam cerita kartun nampak tak sedap kot, tapi bila tengok real pizza dia teringin. Sebelum ni babah pernah beli pizza tapi anak2 umi tak nak makan.
Esoknya bangun ja dari tidur dia sebut lagi nak pizza. Bila beritahu umi tak ada oven nak bakar pizza dia suruh umi pergi beli, dia kata cepat boleh makan. Amboi belajar maa la Amir Husaini ni. Bukan pernah bawak makan kat luar pun, hari-hari umi masak tapi pandai lak suruh pergi beli pizza. Lunch still umi masak nasi jugak sambil fikir camna nak buat pizza kat anak3 umi ni, sebab umi memang tak ada oven. Sebelum anak pernah mintak kek umi buat jugak walaupun tak ada oven, umi bakar dalam rice cooker tapi guna dapur gas. Elok ja kek umi 1/2 jam dah masak. Boleh ka guna cara yang sama untuk pizza. Oven ada kat rumah di Tasek Gelugor, tak bawa pun mai ke Johor Baharu ni.
Akhirnya umi try jugak buat dengan serba kekurangan bahan dan peralatan. Janji ada rupa pizza sikit ok la.
Ini resepi doh pizza.
1 sudu besar mauripan
1 sudu besar gula
1/4 cawan air suam
2 gelas tepung gandum
2 sudu mentega
secubit garam
air untuk menguli
1-kacau gula dengan air suam hingga larut dan masukkan mauripan kacau lagi dan biarkan hingga dia berbuih. kalau tak berbuih maknanya yis tu tak aktif memang tak boleh guna.
2-dalam bekas lain masukkan tepun gandum gaulkan dengan mentega, kemudi masuk air yis tadi uli lagi dan masukkan garam. kalau doh masih tak menjadi masukkan air sedikit2 uli lagi hingga menjadi doh dan tak melekat di tangan, kalau doh lembik dan masih melekat tambah sedikit tepung uli hingga doh tak melekat.
3-setelah siap di uli tutup doh dengan tuala lembab dan biarkan dia naik hingga 2 kali ganda.
Inti pizza
1 labu bawang besar dipotong dadu
1/2 batang lobak merah dipotong dadu
nenas dalam tin suka2 hati nak guna banyak mana
1 sudu besar tomato puri
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besat sos cili
1 sudu kecil lada hitam
gam dan gula secukup rasa
3 batang sosej
1/2 cawan daging kisar
1/2 cawan ayam kisar
(anda boleh guna cendawan butang, sayur campur sejuk beku)
Caranya
1-panaskan minyak, tumis bawang besar dan tomato hingga layu.
2-masukkan semua jenis sos di atad serta lada hitam tambahkan sedikit air dan bisrkan ia mendidih.
3-masukkan ayam, daging, sosej serta sayuran masak hingga empuk dan kuahnta kering. Pastikan kuahnya kering sebab tak nak pizza kita jadi pizza berkuah lak ok. hua hua. pizza kuah tu next resepi ok.

Ahad, 9 Februari 2014
PECAL
Bila dah tinggal kat Johor Baharu ni kena belajar makanan orang jawa. Pecal salah satu makanan orang jawa.sebelum ni umi pernah dengar ja tapi tak pernah makan dan tengok macamana rupanya pecal tu.
Tetiba kelmarin babah kata " hari ni buat pecal ok. Ni babah dah beli kacang panjang dan daun selasih"
umi pun tanpa cakap banyak jawap ok ja. Dah permintaan suami kita sebagai isteri ikut ja la..he he. Umi tanya jugak pecal tu apa? babah kata pecal tu ulam dan sayur makan dengan kuah kacang. Dalam otak umi ni cicah ulam dengan kuah kacang la tu.
Bila sampai time masak umi busy la search pecal.tengok sayur apa dia letak. Hmm ada pucuk ubi, pucuk kaduk, tauhu,daun selasih dan telur rebus. Tapi babah beli kacang panjang dan daun selasih ja..maknanya tiba masa umi pepandai sendiri ubah resepi asal jadi resepi umi..he he masuk ja sayur yang ada dalam freeze tu.
RESEPI KUAH KACANG
Bahanya :-
1 cawan kacang tanah digoreng dan dikisar kasar2 sikit kalau halus tak sedap
2 batang serai 1 batang diketuk
7-8 biji cili kering digoreng dan dikisar
segengam udang kering digoreng dan dikisar
2 biji cili padi digoreng dan dikisar
1 labu bawang besar digoreng dan dikisar
1/2 cawan air gula merah
sedikit air asam jawa
garam dan gula secukup rasa.
Caranya :-
1-tumis bahan kisar kecuali kacang tanah dan serai yang diketuk biarkan hingga pecah minyak
2-masukkan air asam jawa,gula merah, garam dan gula. Masak lagi hingga sedikit pekat.
3-akhir sekali masukkan kacang yang dikisar dan dibiarkan seketika. Dah siap.
Sayuran seperti kacang panjang, lobak merah, kubis dipotong dan direbus hingga agak lembut kecuali daun selasih.daun tu kena masukkan mentah. telur direbus dan dipotong. Ok hasil yang umi dan babah dapat hari tu macam gambar kat bawah ni. Emmm sedap rupanya. Memang sesuai untuk mereka yang kurang makan sayur dan ulaman. Boleh guna cara ni. Sedap.. tak percaya try buat..

PRAD KA POW
PRAD KA POW...umi sediri tidak berapa pasti betul @ tidak ejaan menu dari thailand ni. Umi dah banyak kali buat menu ni sebab ini menu kegemaran babah. Menu ni sesuai untuk mereka yang suka makan pedas.
Prad ka pow boleh dimadak mengunakan daging yang dihiris nipis, ayam yang dipotong suka- suka hati anda @ mengunakan ayam @ daging kisar. Ianya boleh di hidangkan dengan nadi putih atau nadi goreng.
PRAD KA POW
Bahanya :-
1 mangkuk ayam/ daging
3 ulas bawang putih dikisar
3 ulas bawang merah dikisar
3-5 biji cili padi dikisar (suka- suka hati tahap pedasnya)
1/2 sudu lada hitam
1 sudu besar sos tiram
5-7 tangkai daun selasih
2-3 batang kacang panjang
1/2 biji lobak merah (umi suka hati tambah )
garam dan gula secukup rasa.
Caranya :-
1- tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
2-masukkan lada hitam dan sos tiram
3-masukkan isi ayam/daging serta kacang panjang,lobak merah dan daun selasih
4-biarkan daging/ ayam serta sayuran empuk.
5-masukkan garam dan gula. siap untuk dihidangkan.

IKAN KAYU BAKAR BERKUAH
Ikan kayu ada 2 jenis. Satu berisi keras dan satu lg berisi lembut. Nak bezakan macamana ikan yang lembut dan keras boleh tengok pada sirip ikan tu. Yang bersirip pendek isinya keras dan bersirip panjang isinya lembut.
Ikan kayu lembut bakar ni memang kegemaran anak2 umi. Anak2 umi makan isi ikan ni macam makan nasi ja. Ok la bagi anak2 makan ikan daripada makan ayam. Pengaruh upin ipin asyik2 ayam goreng...
Ok kat sini umi nak kongsikan resepi ikan bakar ni ok.
IKAN KAYU BAKAR BERKUAH
Bahanya :-
1 ekor ikan kayu lembut
1 biji buat tomato dipotong dadu
1 biji bawang besar dipotong dadu
1 batang serai dihiris nipis
1 sudu besar cili kisar (suka pedas bolen tambah )
1 sudu besar tomato puri
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
sedikit air
garam dan gula secukup rasa
sedikit air perahan limau nipis
daun bawang dan bawang goreng untuk hiasan
Caranya:-
1- ikan disapukan dengan garam dan kunyit dan dibakar hingga masak ketepikan.
2-panaskan minyak tumis bawang besar, buah tomato dan serai hingga wangi.
3-masukkan cili kisar, tomato puri, sos cili, sos tomato dan sos tiram biarkan hingga pecah minyak.
4-setelah pecah minyak masuk sedikit air,garam, gula dan air perahan limau. biarkan seketika.
5-masukkan ikan dan siram2 kuah pada ikan, matikan api.
6-taburkan daun bawang dan bawang goreng. sedia untuk dimakam..yum yum

Sabtu, 8 Februari 2014
NASI NELAYAN
Nasi nelayan ni bukan resepi dari nelayan melayu tau tapi resepi nelayan arab...ha dasyat tu he he...nasi ni boleh dimakan dengan siakap goreng dan salatah. Tapi family umi makan dengan ikan kayu lembut bakar.. apapun umi nak say thank you pada biras umi yang sudi kongsi resepi ni dengan umi.
Ini la bagusnya bila keluarga besar boleh share resepi. Biras umi ni orang melayu tapi dilahirkan dan di besarkan di Madinah..so dia memang terror la masakan dari sana..,jadi umi pun ambik la peluang belajar masak masakan arab dengan dia..
Cakap banyak pun tak gunakan kita layannn ja resepi ni ok...
NASI NELAYAN
Bahanya : -
4 cawan beras ( beras basmathi @ apa jenis beras yang korang ada janji bila masak jadi nasi ok)
3 labu bawang besar dihiris nipis
1 sudu besar rempah beriani
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk lada hitam
garam secukup rasa
air secukupnya
Bahan tumis : -
7-8 biji buah pelaga
1 inci kulit kayu manis
sedikit bunga lawang & bunga cengkih
Caranya :-
1-goreng bawang besar hingga menjadi warna coklat,toskan dan blen bersama sedikit air.
2-panaskan minyak tumis bahan tumis dan masukkan bawang blen tadi.
3-masukkan rempah ratus diatas dan masukkan air dan garam.
4-bila air mendidih masukkan beras dan masak nasi seperti biasa.
Siap...senangkann

Langgan:
Catatan (Atom)