Ahad, 23 Mac 2014

SPICY MOROCCAN RICE

Salam semua...

Hari ni masih lagi ada yang bercuti.Jadi kepada sesiapa yang ingin masak sesuatu yang lebih istimewa bolehla buat resepi dari Moroco ni. Nasinya mudah disediakan dan tidak terlalu banyak bahan, malah nasinya bila makan tidak rasa muak kerana tidak menggunakan susu cair atau santan.

Anda boleh memasukkan ayam kedalam nasi ni. Tapi umi buat ayam tu masak lain, just masak nasi bersama rempah Moroco saja (rempah moroco ialah smua bahan kisar dalam resepi di bawah ya). Babah kata kalau masuk ayam sekali nanti tak ada kuah, anak pun nak kuah jugak. Apapun ada boleh masak ikut selera anda.Umi buat ayam masak madu untuk lauknya.

Jom kita tengok resepinya ok..semua bahannya mudah dan memang ada di rumah.

Bahan-bahannya:-

3 cawan beras (kalau basmathi lagi baik)
1/2 cawan kismis (jika mahu)
ayam secukupnya (jika ingin masukkan dalam nasi)
1sudu kecil ketumbar di kisar
1/2 sudu kecil buah pelaga di kisar
1 sudu kecil jintan manis di kisar
1 sudu kecil jintan putih di kisar
2 inci kulit kayu manis di kisar
1 inci halia di kisar
2 sudu besar serbuk cili
1 biji bawang besar di potong dadu
air secukupnya
3 sudu besar minyak masak boleh masukkan sedikit minyak sapi
garam secukupnya
1 ketul stok ayam

Caranya:-

1- panaskan minyak tumis bawang besar hingga layu.
2- masukkan ayam yang telah di gaulkan dengan semua bahan kisar dan goreng hingga separuh masak.
3-masuukan beras yang telah di basuh, kacau rata kemudian masukkan air secukupnya untuk masak nasi tersebut.
4- masukkan stok ayam dan garam. biarkan hingga nasi masak.

* jika anda tidak mahu masukkan ayam ke dalam nasi, selepas tumis bawang, masukkan bahan kisar dan gaul rata kemudian bolehla di masukkan beras.

Jumaat, 21 Mac 2014

DONUT BALL

Salam...

Emm sarapan hari ni memang menarik dengan donut ball. Resepi ni umi dapat dari kongsi resepi.com. Seronok buat donut ball ni sebab cepat dan senang di buat. Lepas solat subuh uli adunan dan buat ball. Bila anak-anak bangun terus goreng. Anak-anak siap mandi terus boleh makan donut panas-panas memang layann.

Nak try buat resepi ni...

Bahan-bahannya:-

2 cawan tepung gandum
1 sudu besar mauripan dibancuh dengan air suam dan 1 sudu gula dan di biar berbuih
1 sudu magerin
1 biji telur
1 sudu besar ovelett
1 sudu kecil garam
2 sudu besar susu tepung

Caranya:-

1-putar/blender suma bahan kecuali tepung gandum dan bancuhan mauripan.
2-dalam bekas yang agak besar, masukkan tepung gandum, buatkan lubang di tengah dan masukkan bancuhan mauripan dan bahan blender tadi. Uli hingga sebati, jika doh masih melekat masukkan sedikit tepung.Uli hingga tidak melekat di tangan.
3-buatkan bebola kecil, saiz ikut suka la ya..kemudian rehatkan bebola tadi.
4-apabila bebola sudah mengembang bolehla di goreng hingga kekuningan. Bebola yang siap di goreng di sadurkan dengan gula aising / kisar atau ikut kegemaran anda.

Khamis, 20 Mac 2014

SATE GORENG

Salam...

Hari ni Amir Husaini bagitau dia nak makan sate macam gambar dekat botol minyak seri murni. Mana nak cari sate time tengahari ni. Tak kan nak bagitau kat anak "susah nak masak sate di rumah sayang". Bukan ada chef nak datang ajar kat rumah..he he

Mujur la cukup bahan nak buat sate cuma kuah kacang ja tak ada. Umi awal-awal lagi dah bagitau sate kita tak cucuk lidi tau, umi tak ada lidi nak cucuk. Ammar Hasani kata tak apa, makan dengan tangan lagi sedap. Alhamdulilah senang hati umi dengar macam tu. Umi pun mula la buat sate permintaan anak-anak ni. Sate ayam untuk anak, sate daging untuk babah. Buat sikit ja sebabnya isi ayam dah tak banyak dah, tapi cukup la untuk hilangkan teringin anak-anak.

Bahan-bahannya.

1 mangkuk isi ayam
1 mangkuk daging
1 batang serai
1 inci halia
1 inci lengkuas
1sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil ketumbar
2 sudu besar halia
1 sudu kecil garam

Caranya:-
1- kisar serai,halia lengkuas dan rempah ratus di atas hingga halus.
2-gaulkan bahan kisar pada ayam/daging hingga rata. Masukkan gula dan garam gaul kagi.
3-perapkan lagi lama lagi sedap
4-panaskan minyak lebih kurang 1 sudu besar goreng ayam/daging hingga masak.

DAGING PELANGI BERMADU

Salam semua...

Hari ni umi nak kongsi resepi daging. Resepi ni sangat sesuai untuk anak-anak. Kanak-kanak memang sukar makan daging, kadang-kadang kita ibu sendiri pun tak berapa suka galakkan anak makan daging kerana takut tercekik. Tapi kalau kena caranya mesti anak akan suka dan boleh makan daging dengan mudah.

Daging tersebut mestilah di potong dengan sangat-sangat nipis. Ii umi bagi tip macamana nak potong daging dengan mydah dan nipis. Daging tersebut msestilah di bekukan. Sebelum potong biarkan seketika, boleh juga di rendamkan dengan air lebih kurang 10 minit, kemudian boleh la di potong. Memotong daging ketika ais masih beku lebih mudah kerana daging tersebut keras. Pastikan pisau anda tajam ya. 

Kenapa daging ni di panggil daging pelangi sebabnya ianya penuh dengan pelbagai sayur.Selain sayur berkhasiat untuk anak anda ia juga menarik perhatian mereka untuk makan..Jom kita cuba resepi ni untuk si manja..

Bahan-bahannya:-
200gm daging di potong nipis
1/2 batang lobak merah di potong memanjang
50gm brokoli
1 biji kentang di potong dadu
1/2 inci halia di potong nipis
1 biji bawang besar di potong bulat
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar madu
1 sudu kecil jintan manis

Caranya:-
1-panaskan minyak masukkan daging dan halia, tambah 1/2 cawan air. biarkan air tersebut sedikit kering., jangan terlalu kering ya kerana air daging tersebut menyedapkan makanan anda
2-masukkan madu, jintan manis dan sos tiram gaulkan. kemudian masukan sayuran biarkan ia empuk.jangan lupa masukan garam ya.dah siap..

Isnin, 17 Mac 2014

AYAM KURMA MERTUA

Sebenarnya umi memang tak pernah masak menu ni. Sebabnya ayah umi kurang berminat masakan bersantan, jadi mak pun tak pernah masak ayam atau daging kurma. Masa kecik-kecik makan masak kurma kat rumah kenduri ja.

Tapi bila berkahwin, family babah memang sangat gemar makan masak kurma. Tak kirala ayam atau daging, tambah-tambah kambing confirm kurma punya. Jadi umi pun belajar la cara masak kurma cara ibu mertua umi tu. Disini umi nak kongsikan resepi tu.

Bahan-bahanya:-
1/2 ekor ayam di potong
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
3 sudu besar rempah kurma
1 cawan santan
1 tangkai daun kari
4 biji ubi kentang di potong 4
1 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
1 biji limau nipis di perah airnya.
1 biji cili merah di potong

Caranya:-
1- sebiji bawang besar dan bawang putih di kisar. Asingkan 1 sudu besar untuk di tumis, lebihannya di kisar dengan halia dan rempah kurma.
2-panaskan minyak tumiskan bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis dan daun kari hingga naik bau kemudian madukkan bawang yang di kisar.
3- apabila bawang sudah kekuningan masukkan rempah kurma yang di kisar  bersama bawang tadi serta sedikit air dan biarkan hingga pecah minyak.
4- masukkan kentang dan ayam biarkan hingga empuk.tambahkan sedikit air ya.
5- apabila ayam dan kentang sudah empuk masukkan santan, garam,gula dan perahan limau.
6-kemudian masukkan bawang besar yang di potong bulat serta cili merah.Biarkan hingga mendidih bolehlah tutup api. Dah siap...

CREAMY MUSHROOM SPAGHETTI

Hari ni umi nak buat satu lagu resepi spaghetti. Tapi kali ni nak buat lain cikit. Dah bagitau babah tolong beli mushroom dalam tin tu. Bahan lain umi dah ready, tunggu babah balik ja boleh terus buat. Tapi bila babah balik babah beli krim cendawan yang dalam kotak, krim serbuk tu. Emm kira boleh la. Umi buat jugak sebab dah janji dengan anak-anak, malam ni kita makan mee putih. He he janji jadi putih dan rasanya sedap berkrim...memang menjadi..jom cuba.

Bahan-bahanya:-

250 gm spaghetti Angel hair
1/2 cawan isi ayam tanpa tulang di potong kecil
1/2 cawan daging kisar
1 batang saleri di potong nipis
1/2 biji lobak merah di potong memanjang
(kalau ada cendawan butang lagi ok la)
1/2 sudu kecil lada hitam
2 ulas bawang putih di tumbuk
2 peket krim cendawan di campur dengan 300 ml air panas
2 sudu kecil daun oregano

Caranya:-
1-didihkan air dan rebus spaghetti hingga lembut bersama sedikit garam.
2-tumis bawang putih hingga wangi, masukkan ayam, daging dan sayuran serta lada hitam dan biarkan hingga masak.
3-masukan krim cendawan yang telah di campur dengan air dam biakan hingga ia pekat. Tak perlu masukan garam kerana krim tersebut sudah cukup rasa.
4-setelah pekat masukkan spaghetti dan gaul rata.tutup api. Taburkan daun oregano. Sedia untik di hidangkan.

Ahad, 16 Mac 2014

KERABU DAGING SIMPLE

Kerabu ni umi buat untuk makan dengan nasi Kabul Pulao. Memang umi buat ringkas dan simple sebab ini menu last minute sebelum kami makan he he. Tapi babah kata emm sedap kerabu ni..

Bahan-bahanya

5 ketul daging bersaiz sederhana direbus bersama sedikit halia dan garam hingga lembut dan di hiris nipis
1 inci halia di hiris nipis dan memanjang
1 batang serai di hiris nipis
1 biji bawang besar di hiris bulat dan nipis
3 biji cili padi di hiris nipis (boleh guna cili merah)
3 tangkai daun pudina dihiris nipis 
2 inci lobak merah di hiris nipis dan memanjang
1 biji limau nipis di perah airnya
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil garam.

Caranya :-
Cairkan garam dan gula dengan 1 sudu air. Kemudian campurkan semua bahan dan gaul rata.

Dah siap. Bolehlah di hidangkan. Mudahkan. Selamat mencuba.


KABUL PULAO

Setiap kali hujung minggu memang umi akan masak sesuatu yang lebih istimewa. Babah pun memang rajin mencari resepi baru untuk di cuba. Malam minggu baru ni babah dah cari menu untuk lunch kami esoknya. Nasi Kabul Pulao. Memang nampak sangat menyelerakan. Tapi menu asal nasi ni di masak menggunakan daging kambing. Oleh kerana umi bukanlah pengemar daging kambing jadi kami tukarkan dengan daging lembu. Jadi sesiapa yang ingin mencuba resepi ni dan dia memang peminat tegar daging kambing memang anda telah membuat pilihan yang bijak...he he

Resepi ni ringkas tapi agak banyak langkah yang ringkas untuk di buat. Tak faham maksud umi..jom kita check resepi terbaru ni...

Bahan-bahannya :-
1/2 kilo daging kambing/ daging biasa
4 cawan beras basmathi-perlu di rendam selama 4 jam (umi guna beras biasa ja tak payah rendam)
1 biji bawang besar di potong dadu
1 biji lobak merah di potong panjang dan agak kasar
1/2 cawan kismis hitam
1/2 cawan hirisan badam dipanggang
garam secukupnya
6 sudu besar gula
2 sudu  besar garam masala
3 sudu besar minyak sapi

Caranya :-
1- Rebus beras dengan air yang banyak sehingga beras separuh masak. Angkat dan toskan. Ketepikan.
2- Tumis bawang besar hingga kekuningan, masukkan daging dan air dan garam rebus hingga daging empuk. Serta ambil lebih kurang 1 1/2 cawan air rebusan daging tersebut. Ketepikan.
3-Tumis lobak merah dengan sedikit minyak hingga separuh lembut. Masukkan 2 sudu gula. Biarkan gula cair dan menjadi keperangan. Kemudian masukkan kismis. Kacau seketika dan ketepikan.
4-Cairkan 4 sudu besar gula hingga menjadi keperangan kemudian masukkan air rebusan daging tadi. Kacau rata kemudian masukkan garam masala.biarkan ia meendidih
5-Masukkan beras yang telah direbus tadi kedalam periuk nasi. Panaskan minyak sapi dan kemudian tuangkan rata ke atas beras tadi. kemudian tuangkan pula air rebusan daging tadi.kacau nasi perlahan-lahan agar air rebusan terkena rata pada beras.Jangan kacau lebih-lebih ok. Taburkan lobak merah dan masak nasi tadi.Tutup periuk dengan kain dan tudung periuk supaya wap tidak keluar.Biarkan hingga nasi masak dengan api yang perlahan.


Sabtu, 15 Mac 2014

SPAGHETTI BOLOGNESE

Salam...

Kali ni umi nak kongsikan menu spaghetti bolognese. Menu ni memang umi selalu buat kerana ia dah jadi kegemaran babah, anak-anak dan umi sendiri. Nak menyediakan spaghetti ni tak ada la susah sangat, umi juga lebih suka membuat sendiri sosnya da memang tak pernah guna prego. Umi sendiri masih belum yakin dengan status halal prego tu, jadi daripada mengunakan sesuatu yang was-was di hati lebih baik buat sendiri kan.

Ok jom kita buat sama-sama resepi ni...

Bahan-bahannya:-

1/2 bungkus spaghetti
1 biji bawang besar di potong dadu
1 biji tomato di potong dadu
1 batang lobak merah di potong bulat dan nipis
1 batang saleri di potong
2 sudu cili kisar
3 sudu sos tomato
3 sudu sos cili
2 sudu tomato puri
2 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 cawan daging kisar
1 peket kecil bebola daging
garam dan gula secukup rasa
cheese lebih banyak  lebih sedap
3 sudu besar minyak

Caranya:-

1- didihkan air dan rebus spaghetti hingga lembut.masukkan sedikit garam. setelah lembut angkat dan toskan. Ketepikan.
2-panaskan minyak, tumis bawang dan tomato hingga layu. Masukkan semua jenis sos, lada hitam dan sedikit air, masukkan garam dan gula secukup rasa, biarkan ia mendidih.
3-masukkan daging dan bebola kemudian masukkan lobak merah serta saleri. Biarkan hingga daing dan sayur masak. Tambahkan sedikit air dan masak hingga kuah pekat.
4-masukkan spaghetti dan gaul rata. tutup api
5-masukkan dalam mangkuk dan taburkan denagn cheese. Tapi umi guna cheezy mayo..rasanya lebih  yum yum yummy...


KUIH KETAYAP a.k.a KUIH GULUNG

Selamat pagi semua...

Masih tercari-cari menu untuk sarapan..hmm mungkin menu ini dapat membantu anda membuat pilihan..
Kuih gulung a.k.a kuih ketayap sedap dan mudah di sediakan. Umi buat 2 jenis inti untuk kuih ni, satu inti kepala yang di masak dengan air gula merah dan satu lagi inti kaya. Inti kaya ni untuk anak-anak sebab mereka tak suka ini kelapa. Anda boleh meletakkan apa sahaja ini kegemaran anda samada cheese jadila ketayap cheese atau inti berlauk seperti udang di goreng bersama sedikit sayuran dan di masak dengan cili kisar, jadi la ketayap berlauk. He he ok kan idea tu. Boleh  pelbagaikan resepi yang andan mengikut selera.

Jom kita tengok resepi ketayap ni.

Bahan untuk inti kepala :-

1 cawan kelapa
1/2 cawan gula merah
1/2 cawan air
2 sudu besar gula pasir (jika anda rasa kurang manis boleh la tambah)

Caranya :-

1- Masak gula merah dan air hingga gula larut. Padamkan api dan tapis air gula tersebut.
2-Masukkan kembali air gula kedalam periuk yang telah dicuci dan masukkan gula pasir (jika perlu). Masukkan kelapa dan masak hingga air gula tadi kering.

Bahan kulit:-
2 gelas tepung gandum
2 gelas air
1/2 gelas santan
secubit garam
pewarna -suka-suka hati ok.

Caranya : masukkan semua bahan dalam blender dan putar hingga rata. Jika anda nak warna macam umi buat tu, asingkan 1/2 cawan adunan tadi dan warnakan dengan warna merah. Adunan yang sedikit di masukkan dalam bekas yang berlubang. umi masukkan dalam botol kicap plastik macam kat kedai makan tu, nak masuk dalam kon plastik rasa macam leceh lak.

Cara buat kulit: panaskan kuali leper, sapukan sedikit minyak. tuang adunan merah mengikut corak yang anda suka, kemudian sendukkan aduanan putih ratakan menutup adunan merah tadi. Tutup kuali dan biarkan hingga masak.



Rabu, 12 Mac 2014

CHEEZY WEDGES

Menu ni umi buat bila anak kurang selera makan nasi. Bila goreng kentang ni memang diaorang akan banyak jadi saya tak perlu risau akan khasiatnya...chewah tiru iklan lak..

Resepi yang mudah dan senang disediakan..boleh di makan dengan cheezy mayo atau sos.

Bahan-bahannya:-

5biji kentang di buang kulit dan di potong
1 sudu kecil 5 rempah (boleh tengok entri 5 rempah)
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tepung ubi kentang
sedikit garam

1- campurkan tepung dan 5 rempah gaulkan.
2-gaulkan kentang dengan tepung tadi.jangan biarkan kentang tersebut melekat ya
3-goreng kentang hingga keperangan
4- gaulkan sedikit garam pada kentang sudah siap di goreng.

Dah siap boleh la di makan mengikut selera anda...

Selasa, 11 Mac 2014

KUIH KERIA

Kuih keria dibuat dengan mengunakan ubi keledek putih atau merah. Tapi selalu umi guna keledek putih.Kuih ni juga kuih kegemaran anak-anak serta babah. Umi memang kerap buat kuih ni. Yang pun anak-anak umi panggil kuih bula-bula.malkumla keliling kuih ni kan penuh dengan gula.

Walaupun kuih ni mudah tapi kena hati-hati masa nak rebus ubi keledek ni. Kena rebus bg empuk  atau lembut, jangan rebus terlalu lama kerana ubi akan serap air dan akan sukar di bentuk kerana ia akan melekat di tangan. Jika rebus sekadar bagi empuk ubi akan jadi kering dan tak berair. Untuk kuih keria yang sedap tak boleh letak tepung terlalu banyak nanti dia akan keras. kalau terlalu sedikit nanti kuih tu akan mudah berkecai semasa di goreng. Kita tengok resepinya ok..

Bahan-bahannya :-
ubi keledek di rebus bersama sedikit garam hingga empuk dan di lenyek.
tepung gandum 1/4 daripada ubi keledek
gula
1/3 cawan air
minyak untuk mengoreng.

Caranya:-
1- masukan tepung gandum ke dalam  ubi keledek yang telah dilenyek. uli hingga sebati.
2-bentukkan adunan tadi hingga habis
3-goreng adunan tadi hingga keperangan
4-masukkan gula dalam kuali. kalau kuih tadi banyak gula memang kena banyak ya.masak gula dengan air hingga pekat. masukkan kuih tadi dan gaulkan hingga air gula kering dan gula tadi mula menjadi bunga gula dan melekat pada kuih.


KUIH CARA

Kuih tradisional yang mudah di sediakan. Rasa menang sedap, lemak dan manis. Anak-anak umi pun suka sebabnya ada gula. Kuih yang ada gula semua diorang suka dan nama kuih tu pulak semua sama. Kuih bula-bula (gula-gula).  Nusair sodiq pula kalau awal-awal makan memang ok tapi bila dah rasa kenyang cikit mula la dia makan gula tu saja.

Apapun kalau nak try buat kuih ni kena la ada acuan dia ya. Acuan dia acuan baulu. Ada dua corak yang selalu di gunakan. Ibu umi kata corak tu corak buah kandeh. Umi pun tak pernah tengok buah tu. Corak tu bentuk buah yang di belah memanjang dan sa
tu lagi di belah tengan secara pendek.

Ok kita tengok resepinya ok..

Bahan-bahannya:-

2 gelas tepung gandum
1/2 gelas air
1/2 gelas santan
1 sudu kecil garam
1 biji telur
sedikit pewarna hijau (ada daun pandan lagi ok wangi jaa)
gula

Caranya :-

1-masukkan semua bahan dalam blender kecuali gula. Putar hingga sebati.
2- panaskan acuan dan sapukan minyak. masukkan adunan tapi dalam acuan tersebut kemudian masukkan gula. Tutup acuan dengan tudung periuk yang sesuai.
3-kuih masak jika warna di bahagian bawahnya nampak sedikit keperangan. Kuih boleh di angkat menggunakan garfu.cucuk sedikit di bahagian tepi kuih dan angkat. Ulang no 2 dan no 3 hingga adunan habis.

Ahad, 9 Mac 2014

AYAM KICAP MANIS

Masak kicap ayam memang paling di gemari anak-anak umi. Ayam kicap ni memang banyak versi. Tapi yang umi nak kongsikan ini memang sesuai untuk anak-anak kita. Tapi bila buat ayam kicap manis ni satu ja yang tak best. Anak-anak kurang makan nasi, cuma nak ratah ayam ja. Kadang-kadang sampai sorang dua ketul, nasi makan cikit ja...kenyang dengan ayam la.

Bahan-bahannya :-

5-7 ketul ayam
1 biji bawang besar di potong
1/2 inci halia di hiris halus
sedikit kunyit
garam secukupnya
minyak untuk menggoreng
2 sudu besar kicap
1 sudu kecil gula
1 sudu besar sos tomato

Caranya :-

1- goreng ayam yang telah disapu dengan garam dan kunyit hingga masak.
2-buangkan minyak tadi dan tinggalkan minyak lebih kurang 1 sudu besar. Ayam tak perlu diangkat ya. kecilkan api, masukkan bawang dan halia hingga layu, masukkan sos tomato, kicap dan gula. gaulkan dan padamkan api.

AYAM KARAMEL

Selalu hari minggu mesti nak cari menu yang luar biasa atau yang bukan kebiasaan. Lama jugak search tapi tak ada yang menyelerakan, sampaila terjumpa satu menu dari Vietnam dari blog sunflower ni. Katanya sedap hingga menjilat jari. Ya ka?

Nak tau betul ka tak, kena la try. Menu ni sangat simple dan hanya mengunakan 5 bahan yang memang ada kat dapur kita. Tak payah nak susah-susah. Masa tengah masak anak-anak dah sibuk tanya umi masak apa sebab diorang ada bau bawang putih. Orang yang sibuk tanya mestila orang yang paling suka makan Ammir Husaini. Elok siap masak ja terus nak makan nasi dengan ayam sedap...emmm memang anak-anak makan hingga menjilat jari...
"sedapnya umi"

Tak percaya cer try buat ok.

Bahan-bahannya :-

5-7 ketul ayam
1/2 cawan gula
3 ulas bawang putih di cincang
1/2 cawan air
garam secukup rasa

Caranya :-

1- Goreng ayam tanpa minyak hingga kekuningan. Jika takut ayam melekit pada kuali rata lebih kurang 1 sudu minyak sebelum masukkan ayam.
2- masukkan bawang putih yang dicincang dan biarkan seketika. Kemudian angkat ayam tersebut dan tinggalkan sedikit bawang putih dalam kuali tersebut.
3- masukkan gula tanpa dicuci kualinya ya. Biarkan gula tersebut cair dan menjadi warna perang dengan api yang kecil. Masukkan ayam gaulkan kemudian masukkan air. Masak hingga kuah menjadi pekat. Jangan lupa masukkan garam ya..Angkat dan bolehla di hidangkan

Rabu, 5 Mac 2014

TORTILLA

Menu untuk makan malam. Sengaja umi cari yang berlainan. Resepi roti dari Maxico. Emm resepi mudah saja. Tapi umi tambah sedikit daun oregano supaya roti tersebut lebih wangi semasa di bakar.

Roti ni boleh di makan dengan apa sahaja cara. Terpulang pada kehendak anda. Umi buat 2 jenis. Satu umi gulung roti tersebut berbentuk kon dan didalamnya umi masukkan isi ikan yang telah di celup tepung dan di goreng, masukkan kobis, lobak merah dan tomato. Untuk perasa umi masukkan sos cili dn chezy mayo. Emm menyelerakan. Babah kata boleh buat selalu...

Satu lagi umi buat ala melayu sikit, Roti tu umi cicah dengan kuah ikan. Isi ikan yang di goreng dan di masak mengunakan sos cili, sos tomato, garam, gula dan sedikit perahan limau. Rumah umi sekarang babah dah haramkan makan sardin, tuna dan segala jenis makanan dalam tin. Sebab makanan tersebut memang tak berapa baik untuk kesihatan kan. Memang umi pun tak berapa gemar makanan tersebut sebab asyik ingat dah berapa lama makanan tersebut dok terperap dalam tin. Jadi untuk kuah umi guna ikan segar lebih sedap, lebih sihat.

Ok boleh tengok dan cuba resepi tortilla ni sendiri yea.

DOH TORTILLA

2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
sedikit garam
1/2 cawan air
1 sudu kecil shortening
1 sudu besar daun oregano (umi tambah)

Caranya :

1- masukkan tepung dan baking powder, shortening dan daun oregano.
2-masukkan air yang dicampur dengan sedikit garam.uli hingga menjadi doh. Jika tepung masih belum dapat di uli, tambah air sesudu demi sesudu hingga doh lembut dan tidak melekat.
3- biarkan doh  selama 20 minit dan tutup dengan tuala lembab.
4- buatkan doh bulat2 dan canaikan kemidian bakar sehingga agk keperangan.
5-setelah dibakar tutup dengan tuala kering dan sedia untuk dihidangkan.

CRISPY FISH

Salam...

Umi nak kongsikam satu resepi ikan. Ikan kegemaran kami tentunya ikan kayu lembut. Kali umi sengaja nak ubah resepi, buat ikan celup tepung.

Ikan kayu tu kan isi dia banyak dan kurang tulang jadi sangat sesuai untuk anak-anak yang suka sangat makan ikan macam anak umi tu, tak payah risau pasal tercekik tulang.

Kebetulan baru ni babah beli ikan kayu yang sangat besar, so banyak la menu yang dapat umi cuba dengan ikan tu. Antaranya Crispy Fish ni. Ini rekaan umi ja tau. exclusif tak ada kat blog lain he he..

Tapi resepinya umi guna resepi yang sama dari restoren cina tu, sesapa yang baca entri umi sebelum ni tau la resepi CRISPY CHILLI CHIKEN. Sebenarnya resepi tu pun umi ubah menu asal guna daging tapi umi buat ayam..

So sesapa yang nak try resepi ikan ni boleh la tengok resepi ayam tu ok. umi tak nak tulis 2 kali. cuma upload gambar ja...biar korang meleleh..he he.

Kepada ibu-ibu yang nak anak suka dan gemar makan ikan boleh try resepi ni. Kalau sesapa yang suka pedas boleh la tambah serbuk cili dalam adunan tepung tu yea.

ADAKAH CAKAP TELOR SEMUA KANAK-KANAK SAMA?

Salam...

Entri kali ini umi ingin berkongsi mengenai percakapan telor anak-anak. Umi juga tak pasti samada adakah kanak-kanak mempunyai bahasa standard mereka sendiri. Sebabnya hasil permerhatian umi pada anak-anak umi serta anak saudara umi, kanak-kanak memahami bahasa sesama mereka. Anak umi sendiri kalau Ammar Hassani cakap sesuatu yang umi tak faham umi akan tanya pada Ammir Husaini. Ammir Husaini akan beritahu umi dan bila umi tanya pada Ammar Hassani betul ka apa yang adik dia cakap, dia angguk.

Pernah satu hari masa tu umi dalam pantang Nusair Sodiq. Masa tu umur si kembar tu 2 tahun lebih. Ammar Hassani ada minta sesuatu dari umi, umi pun tak ingat apa bendanya. Umi tak tunaikan permintaannya. Dia nangis marahkan umi sambil  sebut sesuatu yang langsung umi tak faham. Yang  umi dengar cam bunyi cha a, cha u dan berulang dia sebut. Umi ketawa bila dengar dia cakap, bertambah angin dia, tapi dia masih sebut lagi macam tu. akhirnya umi tanya pada adiknya Ammir Husaini apa yang abang dia cakap.

Memang umi terkejut Ammir Husaini boleh translate bahasa abang dia dengan detail sekali. Nak tahu apa yang Ammar Hassani leterkan..

" Nanti Hassan naik gunung salji, Hassan tak mau bawak umi, biar umi dok sorang-sorang"

Umi pandang pada tv, oo kat tv ada tunjuk gambar gunung bersalji..Umi ketawa, tok, tokwan, pak ndak dan pak teh pun gelak sekali. Itu rupanya yang bunyi cha a cha u tu..

Umi pujuk dia dengan aiskrim..habis la rajuk dia tu..he he

Di sini umi sertakan perkataan yang selalu di sebut anak-anak umi. Korang boleh la check kot kot sama dengan anak korang  yea

Agasi - gergasi
Buyung-burung
Dajah -gajah
polet -pilot
Keyeb -crab
feyog -frog
Loyi-lori
Koyan-ko ko crunch
kelet-coklat
bula bula -gula gula
pong pong - piyun piyun (bunyi pistol botol sus yang dia org selalu main)
sponge bob -ceboq
merangkak-pekak
ais krim - chi yem
adik umar - adik uman
super market - emm markit

sama tak dengan anak korang cer tinggalkan komen ok

Isnin, 3 Mac 2014

5 REMPAH

Salam...

Entri ni umi nak bagitau resepi 5 rempah, ini rahsia resepi masakan cina ya...

12 gm kulit kayu manis
12 gm jintan manis
12 gm lada hitam
12 gm bunga lawang
2 gm bunga cengkih

- rempah di atas hendaklah di goreng tanpa minyak dan dikisar hingga halus. Pastikan bahan tersebut di tumbuk dahulu supaya sedikit pecah- pecah sebelum di kisar ya..

CRISPY CHILLI CHIKEN

Salam.....

Emm hari ini umi nak kongsikan satu resepi yang popular di restoren-restoren Cina. Saya tak pasti kenapa menu ini di gemari oleh orang cina, ianya masakan yang simple dan mudah di sediakan. Mungkin kerana rasanya kot.

Tapi bila buat babah pun kata sedap dan boleh buat selalu. Nak tahu resepi dia ...emm baca la sampai habis entri ni ok...untuk resepi ni ada menggunakan 5 rempah. Kebanyakan menu masakan cina memang mengunakan 5 rempah ini. Untuk mendapatkan resepi 5 Rempah boleh tengok bertajuk 5 rempah ok..

RESEPI CRISPY CHILLI CHIKEN

Semangkuk isi ayam
sedikit garam
2 sudu besar 5 rempah
1 biji telur

- perap semua bahan di atas dan biarkan lebih kurang 15-20 minit


2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung ubi kentang

-gaulkan bahan yang di perap tadi dengan campuran tepung di atas. pastikan isi ayam tersebut tidak melekat ya.

-goreng ayam tadi dengan minyak yang banyak atau hingga tengelam sehingga kekuningan dan ketepikan.

1 biji bawang besar  di hiris nipis
1/2 biji lobak merah di hiris halus dan memanjang
2 biji cili merah di hiris  halus dan memanjang (umi guna cili kering sebab nak pedas)
1 sudu besar kicap
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
garam secukup rasa

- panaskan sedikit minyak masukkan bawang, lobak merah dan cili merah masak hingga sedikit lembut

-masukkan semua sos dan garam masak hingga kuah agak kering. kemudian masukkan ayam tadi dan gaul sekejap, tutup api sedia untuk dihidangkan.

Sabtu, 1 Mac 2014

BUTTER KEK SIMPLE DAN SEDAP

Semalam dah pukul 10.30 anak-anak dah tidur, babah nak minum kopi. Tengah minum kopi babah tetiba babah kata teringin nak makan kek. Bila umi fikir-fikir cuma buttercake ja boleh buat, kek lain tak cukup bahan. Babah kata tak sempat makan malam ni pun tak apa boleh buat breakfast esok. 

Umi pun mula la buat butter kek...tapi bila kek masak, babah dah tidur dah pun, jadi la breakfast esoknya.

BAHAN-BAHANYA

2 gelas tepung gandum
2 gelas mentega
2 sudu kecil baking powder
1 gelas gula (kalau suka manis tambah lagi ok, tapi jangan menyesal kalau kena potong kaki)
6 biji telur
1 sudu kecil esen vanila

CARANYA

1- Pukul mentega dan gula hingga kembang
2- masukkan telur sebiji demi sebiji kacau sebati
3- masukkan esen vanila dan tepung sedikit demi sedikit dan kacau hingga sebati. Kalau nak 2 warna boleh bahagi kepada dua bahagian dan warnakan ikut kesukaan anda.
4- masukkan adunan tadi ke dalam loyang yang telah di sapukan dengan mentega. Dan bakar kek tersebut hingga masak.

ANDA MUNGKIN MEMINATI :-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...