Setiap kali hujung minggu memang umi akan masak sesuatu yang lebih istimewa. Babah pun memang rajin mencari resepi baru untuk di cuba. Malam minggu baru ni babah dah cari menu untuk lunch kami esoknya. Nasi Kabul Pulao. Memang nampak sangat menyelerakan. Tapi menu asal nasi ni di masak menggunakan daging kambing. Oleh kerana umi bukanlah pengemar daging kambing jadi kami tukarkan dengan daging lembu. Jadi sesiapa yang ingin mencuba resepi ni dan dia memang peminat tegar daging kambing memang anda telah membuat pilihan yang bijak...he he
Resepi ni ringkas tapi agak banyak langkah yang ringkas untuk di buat. Tak faham maksud umi..jom kita check resepi terbaru ni...
Bahan-bahannya :-
1/2 kilo daging kambing/ daging biasa
4 cawan beras basmathi-perlu di rendam selama 4 jam (umi guna beras biasa ja tak payah rendam)
1 biji bawang besar di potong dadu
1 biji lobak merah di potong panjang dan agak kasar
1/2 cawan kismis hitam
1/2 cawan hirisan badam dipanggang
garam secukupnya
6 sudu besar gula
2 sudu besar garam masala
3 sudu besar minyak sapi
Caranya :-
1- Rebus beras dengan air yang banyak sehingga beras separuh masak. Angkat dan toskan. Ketepikan.
2- Tumis bawang besar hingga kekuningan, masukkan daging dan air dan garam rebus hingga daging empuk. Serta ambil lebih kurang 1 1/2 cawan air rebusan daging tersebut. Ketepikan.
3-Tumis lobak merah dengan sedikit minyak hingga separuh lembut. Masukkan 2 sudu gula. Biarkan gula cair dan menjadi keperangan. Kemudian masukkan kismis. Kacau seketika dan ketepikan.
4-Cairkan 4 sudu besar gula hingga menjadi keperangan kemudian masukkan air rebusan daging tadi. Kacau rata kemudian masukkan garam masala.biarkan ia meendidih
5-Masukkan beras yang telah direbus tadi kedalam periuk nasi. Panaskan minyak sapi dan kemudian tuangkan rata ke atas beras tadi. kemudian tuangkan pula air rebusan daging tadi.kacau nasi perlahan-lahan agar air rebusan terkena rata pada beras.Jangan kacau lebih-lebih ok. Taburkan lobak merah dan masak nasi tadi.Tutup periuk dengan kain dan tudung periuk supaya wap tidak keluar.Biarkan hingga nasi masak dengan api yang perlahan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan