Sabtu, 3 Mei 2014

SAMBAL HITAM BELIMBING BULUH DAN DAGING

Salam....

Dah lama umi tak pos entry dalam blog...memang akhir-akhir ni sangat busy sampai tak sempat nak jengok blog umi ni...

Baru ni ada belimbing buluh, mertua dan babah dok teringin nak makan belimbing buluh tu tapi umi tak tahu nak masak apa, maklumla tak pernah masak belimbing pun sebelum, tapi sesalu orang buat masak lemak dengan udang. Search punya search dapat la resepi sambal hitam ni tapi resepi asal guna ikan bilis, tapi babah tak nak dia nak guna daging. Jadi pepandai la umi olahresepi tu he he. Tapi apapun mertua umi kata memang sedap kalau bulan puasa memang sesuai sangat..

Bahan-bahannya:-

2 cawan belimbing buluh
1 cawan daging kisar
5-7 biji cili padi (ikut tahap pedas yang anda suka)
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
garam
minyak masak untuk tumis
1/4 cawan kicap lemak manis

Caranya:-

1-rebus belimbing dengan garam tanpa air hingga kekuningan.
2-kisar atau tumbuk semua bahan lain kecuali kicap dan daging.
3-tumis bahan tumbuk, masukkan daging kisar kemudian masukkan belimbing dan kicap dan masak hingga kering. masukkan garam dan sedikit gula gaul rata. sedia untuk di hidangkan.

Jumaat, 18 April 2014

PANKEK YANG LEMBUT DAN SEDAP

Salam...

Pagi yang indah ni dok fikir nak buat apa untuk sarapan. Babah bagi cadangan buat pankek. Alamak tak pernah buat pankek la...Hmmm search punya search dapat la resepi pankek ni. tak ingat blog tu nama apa sebab babah yang search he he...tapi resepi dia mcm kat bawah ni. Tak sangka anak-anak suka sangat bagi cicah dengan susu lak..hmm sorang 2 biji tu he he, seronok tengok anak-anak makan. Umi dengan babah dapat tengok ja, maklumla 1st time try buat sikit ja takut tak menjadi...tak pa janji anak kenyang umi gan babah pun rasa kenyang..

Bahannya:-

1 cawan tepung gandum
1 cawan air
1 sudu mentega
2 sudu besar gula
1 sudu kecil baking powder
1 biji telur

Caranya:-
1- masukkan semua bahan dalam blender, putarkan hingga sebati.
2-panaskan kuali, sapukan sedikit minyak.tuangkan adunan tadi 1 senduk, tutup kualu dan biarkan hingga agak kekuningan, kemudian terbalikkan. Biarkan hingga masak.

# boleh tambahkan gula jika suka dimakan terus tanpa cicah. kurangkan gula jika ingin di cicah dengan susu pekat atau madu.

Isnin, 14 April 2014

DAGING BLACKPAPPER a.k.a LADA HITAM

Selamat sejahtera semua...

Menu ni mungkin semua orang biasa masak dan masing-masing ada cara tersendiri menyediakan resepi ni kan. Tapi umi tetap nak postkan jugak resepi ni walaupun resepi biasa-biasa ja tak gempak sangat he he.

Dulu umi selau masak menu ni cuma akhir-akhir ni jarang sangat buat. Kenapa ya? Saja kot tukar selera tekak, tapi bila sekali sekala buat rasa cam puas sangat bila makan nasi sebabnya umi ni suka makan lada kot ya. Tak pa lada baik untuk perempuan. Panas gitu.

Jomla tengok resepi dia..

Bahan-bahanya:-

1 mangkuk daging di hiris nipis
2 sudu besar lada hitam di kisar
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar kicap
1 inci halia di hiris nipis
1biji bawang besar di hiris
2 cawan air
garam secukup rasa
sedikit minyak


Caranya:-

1- panaskan minyak, masukkan daging yang telah di campurkan dengan kunyit. Tambah 2 cawan   air untuk melembutkan daging tersebut.
2- apabila air daging hampir kering masukkan bawang besar dan halia gaulkan dan biarkan sebentar.
3-kemudian masukkan semua bahan lain, gaulkan rata. tambah sedikit air supaya tidak terlalu kering. Biarkan hingga mendidih dan kuahnya agak pekat. Dah siap...

Khamis, 10 April 2014

DAGING BARYANI BATU PAHAT

Salam sejahtera semua...

Kalau baru ni umi post resepi dari utara kali ni umi nak post resepi selatan pulak. Menu ni umi buat untuk makan dengan Nasi Mandy. Resepi dia agak mudah tapi sedap. 1xst time buat terus menjadi he he. Resepi ni umi dapat dari my resepi. Terima kasih che'iza sebab kongsikan resepi yang best ni..jom layannn

Baha-bahannya:-

1/2 kilo daging lembu di potong
1 labu bawang besar di hiris
bahan tumis-1 kuntum bunga lawang, 3 kuntum bunga cengkih 1 inci kulit manis
2 biji cili hijau di kisar
6 ulas bawang merah di kisar
3 ulas bawang putih di kisar
1 inci halia di kisar
3 sudu besar rempah baryani
2 sudu besar tomato pure
daun pudina, daun sup dan daun ketumbar di potong pjg
2 biji cili hijau di potong
1 biji tomato di potong kecil
3 sudu susu cair di campur 2 biji air limau kasturi untuk di jadikan tairu
gajus dan kismis di goreng

Caranya:-

1-perap daging dengan separuh daripada bahan yang di kisar.
2-tumis bawang besar dan bahan tumis hingga naik bau, kemudian masukkan lebihan bahan kisar masak hingga naik bau.
3-masukkan rempah baryani dan biarkan hingga pecah minyak. masukkan daging serta tomato pure dan masak hingga empuk.
4-bila daging sudah empuk masukkan garam, gula, tairu, tomato, cili hijau dan daun yang telah di potong.
5-akhir sekali masukkan gajus dan kismis dan biarkan hingga kuah pekat dan pecah minyak. Sedia untuk di makan..yum yum

Rabu, 9 April 2014

SPAGHETTI SALAD YANG ENAK

Salam semua...

Dah lama umi teringin nak buat spaghetti salad ni, tapi babah macam tak nak ja. Maybe babah tak bayangkan macamana spaghetti salad kot, umi pun tak sebut lak nama len macam kerabu spaghetti ka he he.

Akhirnya umi berjaya jugak buat, sebabnya ada ikan kayu bakar lebihan makan tengahari. Maklumla tuna dah tak di benarkan dalam rumah ni. Lagipun Nusair Sodiq elegik dengan  tuna atau sardin dalam tin ni. Kalau dia maka mesti pipi dia akan jadi bintik2 merah. Jadi bila buat ikan segar ni boleh la dia makan.

Jom tengok resepi yang sangat simple tapi sangat sedap. Nusair pun masa makan tak habis-habis bagitau "emmm dap...emmm dap"

Bahan-bahannya:-

1 mangkuk isi ikan yang dibakar  atau di goreng dan dihancurkan
(ikut laya nak guna isi ikan apa, umi guna ikan kayu lembut)
1 biji buah tomato di potong kecil dan nipis
1 biji bawang besar di potong  nipis
1/2 paket spaghetti di rebus hingga lembut
1/2 batang lobak merah di potong panjang dan nipis (di celur)
sedikit hiriskan cili padi jika mahu pedas
1 biji limau nipis di perah airnya
1sudu besar gula
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil garam
3 sudu besar mayonis

Caranya:-
1-Dalam mangkuk besar larutkan gula dan garan dengan 2 sudu air panas kemudian masukan semua bahan kecuali spaghetti. Gaulkan hingga rata.
2-masukkan spaghetti dan gaul lagi hingga semua bahan tadi bercampur dengan spaghetti. Sedia untuk di hidangkan.

* cili padi umi tak gaul sekali sebab anak-anak tak boleh makan jad umi cuma taburkan saja.

Jumaat, 4 April 2014

AYAM MASAK MADU MAMAK PENANG

Salam semua...

Rasa lamanya tak post entri baru, line internet dah seminggu buat hal, kejap ada kejap tak ada. Rindu rasanya kat blog umi ni, hari ni line dah ok, terus masuk entri baru walaupun menu ni minggu lepas punya he he...

Resepi umi ambik dari blog mamak haji. Terima kasih ya mamak haji sebab tulis resepi yang best ni..sapa yang tengok resepi ni mesti cuba tau, kalau tak rugi sebabnya memang sedap. Jom layan resepi ni.Ayam masak madu mamak penang mari..

Bahan-bahanya:-
1/2 ekor aym di potong
8-10 biji kurma di buang biji dan di kisar dengan sedikit air
1 inci halia, 1 biji bawang besar 3 ulas bawang putih di kisar
1/2 sudu serbuk kulit kayu manis
1/2 sudu serbuk jintas manis
1/2 sudu serbuk jintan putih
2 sudu besar gula pasir
100 gm kismis
50 gm gajus (umi guna badam potong sebab tak ada gajus)
2 sudu besar serbuk cili
5 biji buah pelaga, 2 kuntum bunga lawang, 3 kuntum bunga cengkih untuk di tumis
1 biji bawang besar di hiris
sedikit bawang goreng dan daun pudina untuk hiasan (umi guna daun bawang dan daun sup ja)
minyak masak dan garam secukupnya
3 sudu besar madu

Caranya:-
1- goreng ayam yang telah di sapu garam dan kunyit.
2- buangkan sedikit minyak goreng ayam tadi dan goreng gajus dan kismis sebentar. Asingkan.
3-tumis buah pelaga,bunga lawang dan bunga cengkih hingga wanggi, kemudian masukkan bahan kisar halia dan bawang. Biarkan hingga naik bau.
4-masukkan serbuk cili, serbuk kulit kayu manis, serbuk jintan manis dan jintan putih. Biarkan hingga naik bau, kemudian masukkan kurma yg di kisar, garam dan gula.
5-masukkan ayam dan biarkan hingga rempah masuk dalam ayam dan kuah agak pekat.Masukkan kismis dan gajus gaulkan.
6-angkat ayam, tuangkan madu dan taburkan bawang goreng dan daun pudina.sedia untuk di hidangkan.

Ahad, 23 Mac 2014

SPICY MOROCCAN RICE

Salam semua...

Hari ni masih lagi ada yang bercuti.Jadi kepada sesiapa yang ingin masak sesuatu yang lebih istimewa bolehla buat resepi dari Moroco ni. Nasinya mudah disediakan dan tidak terlalu banyak bahan, malah nasinya bila makan tidak rasa muak kerana tidak menggunakan susu cair atau santan.

Anda boleh memasukkan ayam kedalam nasi ni. Tapi umi buat ayam tu masak lain, just masak nasi bersama rempah Moroco saja (rempah moroco ialah smua bahan kisar dalam resepi di bawah ya). Babah kata kalau masuk ayam sekali nanti tak ada kuah, anak pun nak kuah jugak. Apapun ada boleh masak ikut selera anda.Umi buat ayam masak madu untuk lauknya.

Jom kita tengok resepinya ok..semua bahannya mudah dan memang ada di rumah.

Bahan-bahannya:-

3 cawan beras (kalau basmathi lagi baik)
1/2 cawan kismis (jika mahu)
ayam secukupnya (jika ingin masukkan dalam nasi)
1sudu kecil ketumbar di kisar
1/2 sudu kecil buah pelaga di kisar
1 sudu kecil jintan manis di kisar
1 sudu kecil jintan putih di kisar
2 inci kulit kayu manis di kisar
1 inci halia di kisar
2 sudu besar serbuk cili
1 biji bawang besar di potong dadu
air secukupnya
3 sudu besar minyak masak boleh masukkan sedikit minyak sapi
garam secukupnya
1 ketul stok ayam

Caranya:-

1- panaskan minyak tumis bawang besar hingga layu.
2- masukkan ayam yang telah di gaulkan dengan semua bahan kisar dan goreng hingga separuh masak.
3-masuukan beras yang telah di basuh, kacau rata kemudian masukkan air secukupnya untuk masak nasi tersebut.
4- masukkan stok ayam dan garam. biarkan hingga nasi masak.

* jika anda tidak mahu masukkan ayam ke dalam nasi, selepas tumis bawang, masukkan bahan kisar dan gaul rata kemudian bolehla di masukkan beras.

Jumaat, 21 Mac 2014

DONUT BALL

Salam...

Emm sarapan hari ni memang menarik dengan donut ball. Resepi ni umi dapat dari kongsi resepi.com. Seronok buat donut ball ni sebab cepat dan senang di buat. Lepas solat subuh uli adunan dan buat ball. Bila anak-anak bangun terus goreng. Anak-anak siap mandi terus boleh makan donut panas-panas memang layann.

Nak try buat resepi ni...

Bahan-bahannya:-

2 cawan tepung gandum
1 sudu besar mauripan dibancuh dengan air suam dan 1 sudu gula dan di biar berbuih
1 sudu magerin
1 biji telur
1 sudu besar ovelett
1 sudu kecil garam
2 sudu besar susu tepung

Caranya:-

1-putar/blender suma bahan kecuali tepung gandum dan bancuhan mauripan.
2-dalam bekas yang agak besar, masukkan tepung gandum, buatkan lubang di tengah dan masukkan bancuhan mauripan dan bahan blender tadi. Uli hingga sebati, jika doh masih melekat masukkan sedikit tepung.Uli hingga tidak melekat di tangan.
3-buatkan bebola kecil, saiz ikut suka la ya..kemudian rehatkan bebola tadi.
4-apabila bebola sudah mengembang bolehla di goreng hingga kekuningan. Bebola yang siap di goreng di sadurkan dengan gula aising / kisar atau ikut kegemaran anda.

Khamis, 20 Mac 2014

SATE GORENG

Salam...

Hari ni Amir Husaini bagitau dia nak makan sate macam gambar dekat botol minyak seri murni. Mana nak cari sate time tengahari ni. Tak kan nak bagitau kat anak "susah nak masak sate di rumah sayang". Bukan ada chef nak datang ajar kat rumah..he he

Mujur la cukup bahan nak buat sate cuma kuah kacang ja tak ada. Umi awal-awal lagi dah bagitau sate kita tak cucuk lidi tau, umi tak ada lidi nak cucuk. Ammar Hasani kata tak apa, makan dengan tangan lagi sedap. Alhamdulilah senang hati umi dengar macam tu. Umi pun mula la buat sate permintaan anak-anak ni. Sate ayam untuk anak, sate daging untuk babah. Buat sikit ja sebabnya isi ayam dah tak banyak dah, tapi cukup la untuk hilangkan teringin anak-anak.

Bahan-bahannya.

1 mangkuk isi ayam
1 mangkuk daging
1 batang serai
1 inci halia
1 inci lengkuas
1sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil ketumbar
2 sudu besar halia
1 sudu kecil garam

Caranya:-
1- kisar serai,halia lengkuas dan rempah ratus di atas hingga halus.
2-gaulkan bahan kisar pada ayam/daging hingga rata. Masukkan gula dan garam gaul kagi.
3-perapkan lagi lama lagi sedap
4-panaskan minyak lebih kurang 1 sudu besar goreng ayam/daging hingga masak.

DAGING PELANGI BERMADU

Salam semua...

Hari ni umi nak kongsi resepi daging. Resepi ni sangat sesuai untuk anak-anak. Kanak-kanak memang sukar makan daging, kadang-kadang kita ibu sendiri pun tak berapa suka galakkan anak makan daging kerana takut tercekik. Tapi kalau kena caranya mesti anak akan suka dan boleh makan daging dengan mudah.

Daging tersebut mestilah di potong dengan sangat-sangat nipis. Ii umi bagi tip macamana nak potong daging dengan mydah dan nipis. Daging tersebut msestilah di bekukan. Sebelum potong biarkan seketika, boleh juga di rendamkan dengan air lebih kurang 10 minit, kemudian boleh la di potong. Memotong daging ketika ais masih beku lebih mudah kerana daging tersebut keras. Pastikan pisau anda tajam ya. 

Kenapa daging ni di panggil daging pelangi sebabnya ianya penuh dengan pelbagai sayur.Selain sayur berkhasiat untuk anak anda ia juga menarik perhatian mereka untuk makan..Jom kita cuba resepi ni untuk si manja..

Bahan-bahannya:-
200gm daging di potong nipis
1/2 batang lobak merah di potong memanjang
50gm brokoli
1 biji kentang di potong dadu
1/2 inci halia di potong nipis
1 biji bawang besar di potong bulat
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar madu
1 sudu kecil jintan manis

Caranya:-
1-panaskan minyak masukkan daging dan halia, tambah 1/2 cawan air. biarkan air tersebut sedikit kering., jangan terlalu kering ya kerana air daging tersebut menyedapkan makanan anda
2-masukkan madu, jintan manis dan sos tiram gaulkan. kemudian masukan sayuran biarkan ia empuk.jangan lupa masukan garam ya.dah siap..

Isnin, 17 Mac 2014

AYAM KURMA MERTUA

Sebenarnya umi memang tak pernah masak menu ni. Sebabnya ayah umi kurang berminat masakan bersantan, jadi mak pun tak pernah masak ayam atau daging kurma. Masa kecik-kecik makan masak kurma kat rumah kenduri ja.

Tapi bila berkahwin, family babah memang sangat gemar makan masak kurma. Tak kirala ayam atau daging, tambah-tambah kambing confirm kurma punya. Jadi umi pun belajar la cara masak kurma cara ibu mertua umi tu. Disini umi nak kongsikan resepi tu.

Bahan-bahanya:-
1/2 ekor ayam di potong
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
3 sudu besar rempah kurma
1 cawan santan
1 tangkai daun kari
4 biji ubi kentang di potong 4
1 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
1 biji limau nipis di perah airnya.
1 biji cili merah di potong

Caranya:-
1- sebiji bawang besar dan bawang putih di kisar. Asingkan 1 sudu besar untuk di tumis, lebihannya di kisar dengan halia dan rempah kurma.
2-panaskan minyak tumiskan bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis dan daun kari hingga naik bau kemudian madukkan bawang yang di kisar.
3- apabila bawang sudah kekuningan masukkan rempah kurma yang di kisar  bersama bawang tadi serta sedikit air dan biarkan hingga pecah minyak.
4- masukkan kentang dan ayam biarkan hingga empuk.tambahkan sedikit air ya.
5- apabila ayam dan kentang sudah empuk masukkan santan, garam,gula dan perahan limau.
6-kemudian masukkan bawang besar yang di potong bulat serta cili merah.Biarkan hingga mendidih bolehlah tutup api. Dah siap...

CREAMY MUSHROOM SPAGHETTI

Hari ni umi nak buat satu lagu resepi spaghetti. Tapi kali ni nak buat lain cikit. Dah bagitau babah tolong beli mushroom dalam tin tu. Bahan lain umi dah ready, tunggu babah balik ja boleh terus buat. Tapi bila babah balik babah beli krim cendawan yang dalam kotak, krim serbuk tu. Emm kira boleh la. Umi buat jugak sebab dah janji dengan anak-anak, malam ni kita makan mee putih. He he janji jadi putih dan rasanya sedap berkrim...memang menjadi..jom cuba.

Bahan-bahanya:-

250 gm spaghetti Angel hair
1/2 cawan isi ayam tanpa tulang di potong kecil
1/2 cawan daging kisar
1 batang saleri di potong nipis
1/2 biji lobak merah di potong memanjang
(kalau ada cendawan butang lagi ok la)
1/2 sudu kecil lada hitam
2 ulas bawang putih di tumbuk
2 peket krim cendawan di campur dengan 300 ml air panas
2 sudu kecil daun oregano

Caranya:-
1-didihkan air dan rebus spaghetti hingga lembut bersama sedikit garam.
2-tumis bawang putih hingga wangi, masukkan ayam, daging dan sayuran serta lada hitam dan biarkan hingga masak.
3-masukan krim cendawan yang telah di campur dengan air dam biakan hingga ia pekat. Tak perlu masukan garam kerana krim tersebut sudah cukup rasa.
4-setelah pekat masukkan spaghetti dan gaul rata.tutup api. Taburkan daun oregano. Sedia untik di hidangkan.

Ahad, 16 Mac 2014

KERABU DAGING SIMPLE

Kerabu ni umi buat untuk makan dengan nasi Kabul Pulao. Memang umi buat ringkas dan simple sebab ini menu last minute sebelum kami makan he he. Tapi babah kata emm sedap kerabu ni..

Bahan-bahanya

5 ketul daging bersaiz sederhana direbus bersama sedikit halia dan garam hingga lembut dan di hiris nipis
1 inci halia di hiris nipis dan memanjang
1 batang serai di hiris nipis
1 biji bawang besar di hiris bulat dan nipis
3 biji cili padi di hiris nipis (boleh guna cili merah)
3 tangkai daun pudina dihiris nipis 
2 inci lobak merah di hiris nipis dan memanjang
1 biji limau nipis di perah airnya
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil garam.

Caranya :-
Cairkan garam dan gula dengan 1 sudu air. Kemudian campurkan semua bahan dan gaul rata.

Dah siap. Bolehlah di hidangkan. Mudahkan. Selamat mencuba.


KABUL PULAO

Setiap kali hujung minggu memang umi akan masak sesuatu yang lebih istimewa. Babah pun memang rajin mencari resepi baru untuk di cuba. Malam minggu baru ni babah dah cari menu untuk lunch kami esoknya. Nasi Kabul Pulao. Memang nampak sangat menyelerakan. Tapi menu asal nasi ni di masak menggunakan daging kambing. Oleh kerana umi bukanlah pengemar daging kambing jadi kami tukarkan dengan daging lembu. Jadi sesiapa yang ingin mencuba resepi ni dan dia memang peminat tegar daging kambing memang anda telah membuat pilihan yang bijak...he he

Resepi ni ringkas tapi agak banyak langkah yang ringkas untuk di buat. Tak faham maksud umi..jom kita check resepi terbaru ni...

Bahan-bahannya :-
1/2 kilo daging kambing/ daging biasa
4 cawan beras basmathi-perlu di rendam selama 4 jam (umi guna beras biasa ja tak payah rendam)
1 biji bawang besar di potong dadu
1 biji lobak merah di potong panjang dan agak kasar
1/2 cawan kismis hitam
1/2 cawan hirisan badam dipanggang
garam secukupnya
6 sudu besar gula
2 sudu  besar garam masala
3 sudu besar minyak sapi

Caranya :-
1- Rebus beras dengan air yang banyak sehingga beras separuh masak. Angkat dan toskan. Ketepikan.
2- Tumis bawang besar hingga kekuningan, masukkan daging dan air dan garam rebus hingga daging empuk. Serta ambil lebih kurang 1 1/2 cawan air rebusan daging tersebut. Ketepikan.
3-Tumis lobak merah dengan sedikit minyak hingga separuh lembut. Masukkan 2 sudu gula. Biarkan gula cair dan menjadi keperangan. Kemudian masukkan kismis. Kacau seketika dan ketepikan.
4-Cairkan 4 sudu besar gula hingga menjadi keperangan kemudian masukkan air rebusan daging tadi. Kacau rata kemudian masukkan garam masala.biarkan ia meendidih
5-Masukkan beras yang telah direbus tadi kedalam periuk nasi. Panaskan minyak sapi dan kemudian tuangkan rata ke atas beras tadi. kemudian tuangkan pula air rebusan daging tadi.kacau nasi perlahan-lahan agar air rebusan terkena rata pada beras.Jangan kacau lebih-lebih ok. Taburkan lobak merah dan masak nasi tadi.Tutup periuk dengan kain dan tudung periuk supaya wap tidak keluar.Biarkan hingga nasi masak dengan api yang perlahan.


Sabtu, 15 Mac 2014

SPAGHETTI BOLOGNESE

Salam...

Kali ni umi nak kongsikan menu spaghetti bolognese. Menu ni memang umi selalu buat kerana ia dah jadi kegemaran babah, anak-anak dan umi sendiri. Nak menyediakan spaghetti ni tak ada la susah sangat, umi juga lebih suka membuat sendiri sosnya da memang tak pernah guna prego. Umi sendiri masih belum yakin dengan status halal prego tu, jadi daripada mengunakan sesuatu yang was-was di hati lebih baik buat sendiri kan.

Ok jom kita buat sama-sama resepi ni...

Bahan-bahannya:-

1/2 bungkus spaghetti
1 biji bawang besar di potong dadu
1 biji tomato di potong dadu
1 batang lobak merah di potong bulat dan nipis
1 batang saleri di potong
2 sudu cili kisar
3 sudu sos tomato
3 sudu sos cili
2 sudu tomato puri
2 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 cawan daging kisar
1 peket kecil bebola daging
garam dan gula secukup rasa
cheese lebih banyak  lebih sedap
3 sudu besar minyak

Caranya:-

1- didihkan air dan rebus spaghetti hingga lembut.masukkan sedikit garam. setelah lembut angkat dan toskan. Ketepikan.
2-panaskan minyak, tumis bawang dan tomato hingga layu. Masukkan semua jenis sos, lada hitam dan sedikit air, masukkan garam dan gula secukup rasa, biarkan ia mendidih.
3-masukkan daging dan bebola kemudian masukkan lobak merah serta saleri. Biarkan hingga daing dan sayur masak. Tambahkan sedikit air dan masak hingga kuah pekat.
4-masukkan spaghetti dan gaul rata. tutup api
5-masukkan dalam mangkuk dan taburkan denagn cheese. Tapi umi guna cheezy mayo..rasanya lebih  yum yum yummy...


KUIH KETAYAP a.k.a KUIH GULUNG

Selamat pagi semua...

Masih tercari-cari menu untuk sarapan..hmm mungkin menu ini dapat membantu anda membuat pilihan..
Kuih gulung a.k.a kuih ketayap sedap dan mudah di sediakan. Umi buat 2 jenis inti untuk kuih ni, satu inti kepala yang di masak dengan air gula merah dan satu lagi inti kaya. Inti kaya ni untuk anak-anak sebab mereka tak suka ini kelapa. Anda boleh meletakkan apa sahaja ini kegemaran anda samada cheese jadila ketayap cheese atau inti berlauk seperti udang di goreng bersama sedikit sayuran dan di masak dengan cili kisar, jadi la ketayap berlauk. He he ok kan idea tu. Boleh  pelbagaikan resepi yang andan mengikut selera.

Jom kita tengok resepi ketayap ni.

Bahan untuk inti kepala :-

1 cawan kelapa
1/2 cawan gula merah
1/2 cawan air
2 sudu besar gula pasir (jika anda rasa kurang manis boleh la tambah)

Caranya :-

1- Masak gula merah dan air hingga gula larut. Padamkan api dan tapis air gula tersebut.
2-Masukkan kembali air gula kedalam periuk yang telah dicuci dan masukkan gula pasir (jika perlu). Masukkan kelapa dan masak hingga air gula tadi kering.

Bahan kulit:-
2 gelas tepung gandum
2 gelas air
1/2 gelas santan
secubit garam
pewarna -suka-suka hati ok.

Caranya : masukkan semua bahan dalam blender dan putar hingga rata. Jika anda nak warna macam umi buat tu, asingkan 1/2 cawan adunan tadi dan warnakan dengan warna merah. Adunan yang sedikit di masukkan dalam bekas yang berlubang. umi masukkan dalam botol kicap plastik macam kat kedai makan tu, nak masuk dalam kon plastik rasa macam leceh lak.

Cara buat kulit: panaskan kuali leper, sapukan sedikit minyak. tuang adunan merah mengikut corak yang anda suka, kemudian sendukkan aduanan putih ratakan menutup adunan merah tadi. Tutup kuali dan biarkan hingga masak.



Rabu, 12 Mac 2014

CHEEZY WEDGES

Menu ni umi buat bila anak kurang selera makan nasi. Bila goreng kentang ni memang diaorang akan banyak jadi saya tak perlu risau akan khasiatnya...chewah tiru iklan lak..

Resepi yang mudah dan senang disediakan..boleh di makan dengan cheezy mayo atau sos.

Bahan-bahannya:-

5biji kentang di buang kulit dan di potong
1 sudu kecil 5 rempah (boleh tengok entri 5 rempah)
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tepung ubi kentang
sedikit garam

1- campurkan tepung dan 5 rempah gaulkan.
2-gaulkan kentang dengan tepung tadi.jangan biarkan kentang tersebut melekat ya
3-goreng kentang hingga keperangan
4- gaulkan sedikit garam pada kentang sudah siap di goreng.

Dah siap boleh la di makan mengikut selera anda...

Selasa, 11 Mac 2014

KUIH KERIA

Kuih keria dibuat dengan mengunakan ubi keledek putih atau merah. Tapi selalu umi guna keledek putih.Kuih ni juga kuih kegemaran anak-anak serta babah. Umi memang kerap buat kuih ni. Yang pun anak-anak umi panggil kuih bula-bula.malkumla keliling kuih ni kan penuh dengan gula.

Walaupun kuih ni mudah tapi kena hati-hati masa nak rebus ubi keledek ni. Kena rebus bg empuk  atau lembut, jangan rebus terlalu lama kerana ubi akan serap air dan akan sukar di bentuk kerana ia akan melekat di tangan. Jika rebus sekadar bagi empuk ubi akan jadi kering dan tak berair. Untuk kuih keria yang sedap tak boleh letak tepung terlalu banyak nanti dia akan keras. kalau terlalu sedikit nanti kuih tu akan mudah berkecai semasa di goreng. Kita tengok resepinya ok..

Bahan-bahannya :-
ubi keledek di rebus bersama sedikit garam hingga empuk dan di lenyek.
tepung gandum 1/4 daripada ubi keledek
gula
1/3 cawan air
minyak untuk mengoreng.

Caranya:-
1- masukan tepung gandum ke dalam  ubi keledek yang telah dilenyek. uli hingga sebati.
2-bentukkan adunan tadi hingga habis
3-goreng adunan tadi hingga keperangan
4-masukkan gula dalam kuali. kalau kuih tadi banyak gula memang kena banyak ya.masak gula dengan air hingga pekat. masukkan kuih tadi dan gaulkan hingga air gula kering dan gula tadi mula menjadi bunga gula dan melekat pada kuih.


KUIH CARA

Kuih tradisional yang mudah di sediakan. Rasa menang sedap, lemak dan manis. Anak-anak umi pun suka sebabnya ada gula. Kuih yang ada gula semua diorang suka dan nama kuih tu pulak semua sama. Kuih bula-bula (gula-gula).  Nusair sodiq pula kalau awal-awal makan memang ok tapi bila dah rasa kenyang cikit mula la dia makan gula tu saja.

Apapun kalau nak try buat kuih ni kena la ada acuan dia ya. Acuan dia acuan baulu. Ada dua corak yang selalu di gunakan. Ibu umi kata corak tu corak buah kandeh. Umi pun tak pernah tengok buah tu. Corak tu bentuk buah yang di belah memanjang dan sa
tu lagi di belah tengan secara pendek.

Ok kita tengok resepinya ok..

Bahan-bahannya:-

2 gelas tepung gandum
1/2 gelas air
1/2 gelas santan
1 sudu kecil garam
1 biji telur
sedikit pewarna hijau (ada daun pandan lagi ok wangi jaa)
gula

Caranya :-

1-masukkan semua bahan dalam blender kecuali gula. Putar hingga sebati.
2- panaskan acuan dan sapukan minyak. masukkan adunan tapi dalam acuan tersebut kemudian masukkan gula. Tutup acuan dengan tudung periuk yang sesuai.
3-kuih masak jika warna di bahagian bawahnya nampak sedikit keperangan. Kuih boleh di angkat menggunakan garfu.cucuk sedikit di bahagian tepi kuih dan angkat. Ulang no 2 dan no 3 hingga adunan habis.

Ahad, 9 Mac 2014

AYAM KICAP MANIS

Masak kicap ayam memang paling di gemari anak-anak umi. Ayam kicap ni memang banyak versi. Tapi yang umi nak kongsikan ini memang sesuai untuk anak-anak kita. Tapi bila buat ayam kicap manis ni satu ja yang tak best. Anak-anak kurang makan nasi, cuma nak ratah ayam ja. Kadang-kadang sampai sorang dua ketul, nasi makan cikit ja...kenyang dengan ayam la.

Bahan-bahannya :-

5-7 ketul ayam
1 biji bawang besar di potong
1/2 inci halia di hiris halus
sedikit kunyit
garam secukupnya
minyak untuk menggoreng
2 sudu besar kicap
1 sudu kecil gula
1 sudu besar sos tomato

Caranya :-

1- goreng ayam yang telah disapu dengan garam dan kunyit hingga masak.
2-buangkan minyak tadi dan tinggalkan minyak lebih kurang 1 sudu besar. Ayam tak perlu diangkat ya. kecilkan api, masukkan bawang dan halia hingga layu, masukkan sos tomato, kicap dan gula. gaulkan dan padamkan api.

AYAM KARAMEL

Selalu hari minggu mesti nak cari menu yang luar biasa atau yang bukan kebiasaan. Lama jugak search tapi tak ada yang menyelerakan, sampaila terjumpa satu menu dari Vietnam dari blog sunflower ni. Katanya sedap hingga menjilat jari. Ya ka?

Nak tau betul ka tak, kena la try. Menu ni sangat simple dan hanya mengunakan 5 bahan yang memang ada kat dapur kita. Tak payah nak susah-susah. Masa tengah masak anak-anak dah sibuk tanya umi masak apa sebab diorang ada bau bawang putih. Orang yang sibuk tanya mestila orang yang paling suka makan Ammir Husaini. Elok siap masak ja terus nak makan nasi dengan ayam sedap...emmm memang anak-anak makan hingga menjilat jari...
"sedapnya umi"

Tak percaya cer try buat ok.

Bahan-bahannya :-

5-7 ketul ayam
1/2 cawan gula
3 ulas bawang putih di cincang
1/2 cawan air
garam secukup rasa

Caranya :-

1- Goreng ayam tanpa minyak hingga kekuningan. Jika takut ayam melekit pada kuali rata lebih kurang 1 sudu minyak sebelum masukkan ayam.
2- masukkan bawang putih yang dicincang dan biarkan seketika. Kemudian angkat ayam tersebut dan tinggalkan sedikit bawang putih dalam kuali tersebut.
3- masukkan gula tanpa dicuci kualinya ya. Biarkan gula tersebut cair dan menjadi warna perang dengan api yang kecil. Masukkan ayam gaulkan kemudian masukkan air. Masak hingga kuah menjadi pekat. Jangan lupa masukkan garam ya..Angkat dan bolehla di hidangkan

Rabu, 5 Mac 2014

TORTILLA

Menu untuk makan malam. Sengaja umi cari yang berlainan. Resepi roti dari Maxico. Emm resepi mudah saja. Tapi umi tambah sedikit daun oregano supaya roti tersebut lebih wangi semasa di bakar.

Roti ni boleh di makan dengan apa sahaja cara. Terpulang pada kehendak anda. Umi buat 2 jenis. Satu umi gulung roti tersebut berbentuk kon dan didalamnya umi masukkan isi ikan yang telah di celup tepung dan di goreng, masukkan kobis, lobak merah dan tomato. Untuk perasa umi masukkan sos cili dn chezy mayo. Emm menyelerakan. Babah kata boleh buat selalu...

Satu lagi umi buat ala melayu sikit, Roti tu umi cicah dengan kuah ikan. Isi ikan yang di goreng dan di masak mengunakan sos cili, sos tomato, garam, gula dan sedikit perahan limau. Rumah umi sekarang babah dah haramkan makan sardin, tuna dan segala jenis makanan dalam tin. Sebab makanan tersebut memang tak berapa baik untuk kesihatan kan. Memang umi pun tak berapa gemar makanan tersebut sebab asyik ingat dah berapa lama makanan tersebut dok terperap dalam tin. Jadi untuk kuah umi guna ikan segar lebih sedap, lebih sihat.

Ok boleh tengok dan cuba resepi tortilla ni sendiri yea.

DOH TORTILLA

2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
sedikit garam
1/2 cawan air
1 sudu kecil shortening
1 sudu besar daun oregano (umi tambah)

Caranya :

1- masukkan tepung dan baking powder, shortening dan daun oregano.
2-masukkan air yang dicampur dengan sedikit garam.uli hingga menjadi doh. Jika tepung masih belum dapat di uli, tambah air sesudu demi sesudu hingga doh lembut dan tidak melekat.
3- biarkan doh  selama 20 minit dan tutup dengan tuala lembab.
4- buatkan doh bulat2 dan canaikan kemidian bakar sehingga agk keperangan.
5-setelah dibakar tutup dengan tuala kering dan sedia untuk dihidangkan.

CRISPY FISH

Salam...

Umi nak kongsikam satu resepi ikan. Ikan kegemaran kami tentunya ikan kayu lembut. Kali umi sengaja nak ubah resepi, buat ikan celup tepung.

Ikan kayu tu kan isi dia banyak dan kurang tulang jadi sangat sesuai untuk anak-anak yang suka sangat makan ikan macam anak umi tu, tak payah risau pasal tercekik tulang.

Kebetulan baru ni babah beli ikan kayu yang sangat besar, so banyak la menu yang dapat umi cuba dengan ikan tu. Antaranya Crispy Fish ni. Ini rekaan umi ja tau. exclusif tak ada kat blog lain he he..

Tapi resepinya umi guna resepi yang sama dari restoren cina tu, sesapa yang baca entri umi sebelum ni tau la resepi CRISPY CHILLI CHIKEN. Sebenarnya resepi tu pun umi ubah menu asal guna daging tapi umi buat ayam..

So sesapa yang nak try resepi ikan ni boleh la tengok resepi ayam tu ok. umi tak nak tulis 2 kali. cuma upload gambar ja...biar korang meleleh..he he.

Kepada ibu-ibu yang nak anak suka dan gemar makan ikan boleh try resepi ni. Kalau sesapa yang suka pedas boleh la tambah serbuk cili dalam adunan tepung tu yea.

ADAKAH CAKAP TELOR SEMUA KANAK-KANAK SAMA?

Salam...

Entri kali ini umi ingin berkongsi mengenai percakapan telor anak-anak. Umi juga tak pasti samada adakah kanak-kanak mempunyai bahasa standard mereka sendiri. Sebabnya hasil permerhatian umi pada anak-anak umi serta anak saudara umi, kanak-kanak memahami bahasa sesama mereka. Anak umi sendiri kalau Ammar Hassani cakap sesuatu yang umi tak faham umi akan tanya pada Ammir Husaini. Ammir Husaini akan beritahu umi dan bila umi tanya pada Ammar Hassani betul ka apa yang adik dia cakap, dia angguk.

Pernah satu hari masa tu umi dalam pantang Nusair Sodiq. Masa tu umur si kembar tu 2 tahun lebih. Ammar Hassani ada minta sesuatu dari umi, umi pun tak ingat apa bendanya. Umi tak tunaikan permintaannya. Dia nangis marahkan umi sambil  sebut sesuatu yang langsung umi tak faham. Yang  umi dengar cam bunyi cha a, cha u dan berulang dia sebut. Umi ketawa bila dengar dia cakap, bertambah angin dia, tapi dia masih sebut lagi macam tu. akhirnya umi tanya pada adiknya Ammir Husaini apa yang abang dia cakap.

Memang umi terkejut Ammir Husaini boleh translate bahasa abang dia dengan detail sekali. Nak tahu apa yang Ammar Hassani leterkan..

" Nanti Hassan naik gunung salji, Hassan tak mau bawak umi, biar umi dok sorang-sorang"

Umi pandang pada tv, oo kat tv ada tunjuk gambar gunung bersalji..Umi ketawa, tok, tokwan, pak ndak dan pak teh pun gelak sekali. Itu rupanya yang bunyi cha a cha u tu..

Umi pujuk dia dengan aiskrim..habis la rajuk dia tu..he he

Di sini umi sertakan perkataan yang selalu di sebut anak-anak umi. Korang boleh la check kot kot sama dengan anak korang  yea

Agasi - gergasi
Buyung-burung
Dajah -gajah
polet -pilot
Keyeb -crab
feyog -frog
Loyi-lori
Koyan-ko ko crunch
kelet-coklat
bula bula -gula gula
pong pong - piyun piyun (bunyi pistol botol sus yang dia org selalu main)
sponge bob -ceboq
merangkak-pekak
ais krim - chi yem
adik umar - adik uman
super market - emm markit

sama tak dengan anak korang cer tinggalkan komen ok

Isnin, 3 Mac 2014

5 REMPAH

Salam...

Entri ni umi nak bagitau resepi 5 rempah, ini rahsia resepi masakan cina ya...

12 gm kulit kayu manis
12 gm jintan manis
12 gm lada hitam
12 gm bunga lawang
2 gm bunga cengkih

- rempah di atas hendaklah di goreng tanpa minyak dan dikisar hingga halus. Pastikan bahan tersebut di tumbuk dahulu supaya sedikit pecah- pecah sebelum di kisar ya..

CRISPY CHILLI CHIKEN

Salam.....

Emm hari ini umi nak kongsikan satu resepi yang popular di restoren-restoren Cina. Saya tak pasti kenapa menu ini di gemari oleh orang cina, ianya masakan yang simple dan mudah di sediakan. Mungkin kerana rasanya kot.

Tapi bila buat babah pun kata sedap dan boleh buat selalu. Nak tahu resepi dia ...emm baca la sampai habis entri ni ok...untuk resepi ni ada menggunakan 5 rempah. Kebanyakan menu masakan cina memang mengunakan 5 rempah ini. Untuk mendapatkan resepi 5 Rempah boleh tengok bertajuk 5 rempah ok..

RESEPI CRISPY CHILLI CHIKEN

Semangkuk isi ayam
sedikit garam
2 sudu besar 5 rempah
1 biji telur

- perap semua bahan di atas dan biarkan lebih kurang 15-20 minit


2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung ubi kentang

-gaulkan bahan yang di perap tadi dengan campuran tepung di atas. pastikan isi ayam tersebut tidak melekat ya.

-goreng ayam tadi dengan minyak yang banyak atau hingga tengelam sehingga kekuningan dan ketepikan.

1 biji bawang besar  di hiris nipis
1/2 biji lobak merah di hiris halus dan memanjang
2 biji cili merah di hiris  halus dan memanjang (umi guna cili kering sebab nak pedas)
1 sudu besar kicap
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
garam secukup rasa

- panaskan sedikit minyak masukkan bawang, lobak merah dan cili merah masak hingga sedikit lembut

-masukkan semua sos dan garam masak hingga kuah agak kering. kemudian masukkan ayam tadi dan gaul sekejap, tutup api sedia untuk dihidangkan.

Sabtu, 1 Mac 2014

BUTTER KEK SIMPLE DAN SEDAP

Semalam dah pukul 10.30 anak-anak dah tidur, babah nak minum kopi. Tengah minum kopi babah tetiba babah kata teringin nak makan kek. Bila umi fikir-fikir cuma buttercake ja boleh buat, kek lain tak cukup bahan. Babah kata tak sempat makan malam ni pun tak apa boleh buat breakfast esok. 

Umi pun mula la buat butter kek...tapi bila kek masak, babah dah tidur dah pun, jadi la breakfast esoknya.

BAHAN-BAHANYA

2 gelas tepung gandum
2 gelas mentega
2 sudu kecil baking powder
1 gelas gula (kalau suka manis tambah lagi ok, tapi jangan menyesal kalau kena potong kaki)
6 biji telur
1 sudu kecil esen vanila

CARANYA

1- Pukul mentega dan gula hingga kembang
2- masukkan telur sebiji demi sebiji kacau sebati
3- masukkan esen vanila dan tepung sedikit demi sedikit dan kacau hingga sebati. Kalau nak 2 warna boleh bahagi kepada dua bahagian dan warnakan ikut kesukaan anda.
4- masukkan adunan tadi ke dalam loyang yang telah di sapukan dengan mentega. Dan bakar kek tersebut hingga masak.

Jumaat, 28 Februari 2014

SERONOKNYA MENJADI ISTERI

~ KEUTAMAAN & PAHALA BAGI ISTRI SHOLEHAH

1. Satu orang wanita yang solehah lebih baik daripada 70 orang wali atau laki-laki yang sholeh.

2- Satu orang wanita yang jahat akhlaqnya, lebih buruk daripada 1000 orang laki-laki yang juga jahat akhlaqnya.

3- Dua raka’at sholatnya wanita yang sedang hamil, lebih baik daripada 80 raka’at sholatnya wanita yang tidak hamil.

4-Apabila seorang suami pulang kerumah dalam keadaan gelisah dan tidak tentram, kemudian sang istri menghiburnya, maka ia akan mendapatkan setengah dari pahala jihad.

5-Wanita yang hamil sampai ia melahirkan anak, maka Allah Swt. akan memberikan pahala kepadanya bagaikan pahala berpuasa di siang hari dan sholat sepanjang malam.

6. Seorang wanita yang meninggal dunia pada masa 40 hari setelah ia melahirkan anak, maka ia akan mendapatkan pahala syahid.

7. Jika seorang anak menangis pada malam hari dan ibunya tidak memarahinya, dan bahkan membujuknya, maka ibu itu akan mendapat pahala ibadah.

8. Seorang wanita yang melahirkan akan mendapatkan pahala 70 tahun sholat sunnat dan puasa, dan setiap kesakitan yang di alaminya ketika melahirkan akan mendapat pahala haji yang mabrur.

9. Seorang wanita yang tidak dapat tidur pada malam hari karena mengurus anaknya yang sakit atau demam, maka Allah Swt. akan memberikan pahala kepadanya seperti pahala memerdekakan 20 orang hamba sahaya.

10. Wanita yang tidak dapat tidur pada waktu malam karena menyusui anaknya, Allah Swt. akan mengampuni dosa-dosanya dan di beri pahala 12 tahun ibadah.Itulah beberapa pahala dan keutamaan menjadi wanita yang solehah.

11. Wahai wanita, jika suami minum air yang disediakan istrinya maka hal itu lebih baik dari puasa 1 tahun.

12. Jika istri menyediakan makan dan suami memakannya, maka hal tersebut lebih baik dari mengerjakan haji/umrah.

13. Junub istri karena melayani suami lebih baik dari qurban 1000 kambing.

14.Tidak akan putus pahala istri yang siang malam menggembirakan suami.

15. Wanita yang menjaga kehormatannya dan taat pada suami maka dapat masuk pintu syurga dari arah yang disukainya.

16. Wanita yang dapat memelihara anak dengan baik dapat menjadikannya benteng dari neraka.

17.Jika wanita memandang yang baik dan harmonis kepada suami hal tersebut sama dengan dzikir.

18.Hamil istri adalah syahid dan khidmat dan suaminya adalah jihad.

TIP UNTUK MENGUATKAN GIGI ANAK

Salam...

Hari ni umi nak bagi petua yang di turunkan oleh ibu umi. Petua untuk

kuatkan gigi anak dan mencegah dari mudah rosak.

Caranya mudah sahaja cuma perlu di lakukan ketika anak kita masih belum tumbuh gigi. Ambil sehiris daging cuci sampai bersih kemudian gosokkan di sekeliling gusi anak anda.

Bagi yang anaknya sudah pun ada gigi tak dapatla nak guna petua ni. Umi dah cuba cara ni Alhamdulillah berkesan la setakat ni, anak umur 4tahun gigi cantik lagi, walaupun sangat kerap makan gula-gula. Ibu umu juga guna petua ni kat adik umi, emm gigi dia memang cantik..

Jumaat, 21 Februari 2014

ROTI ARAB

Salam sejahtera...

Rasa dah lama umi tak tulis resepikan. Hari ni umi nak kongsikan resepi roti arab. Umi pun dah tak ingat umi ambil resepi ni dari blog mana sebab selalu search resepi mesti buka banyak dan bandingkan.

Dah banyak kali umi buat roti arab ni, masa mula buat dia tak berapa nak kembung sangat, buat kali kedua dia kembung tapi jadi agak berat. Kali ketiga buat baru jadi cantik mengelembung sekata dan lebih ringan. Nanti umi akan berikan petua macamana nak dapat roti arab yang mengelembung cantik tu ok. Untuk cicahnya pula boleh dimakan dengan kari ayam pekat-pekat tu atau kuah sardin. Terpulangla nak cicah dengan kuah apa ya janji sedap he he.

Roti arab ni selalu umi buat kalau umi sekeluarga nak travel jauh, maklumla anak ramai kalau nak berhenti di R&R memang susah, letih kepung anak ja xsempat nak makan.jadi umi bawa bekal berhenti di hentian sebelah makan dekat gazebo, baby boleh letak, anakyang besar boleh makan dan main, umi dan babah boleh makan dan rehat lebih selesa. 

RESEPI ROTI ARAB

1 sudu besar mauripan
1 sudu besar gula
1/2 cawan air suam
2 1/2 gelas tepung gandum
2 sudu besar magerin
secubit garam
air secukupnya untuk menguli

CARANYA

1-larutkan gula dalam air suam dan masukkan mauripan. Biarkan sehingga  berbuih.
2-dalam bekas lain masukkan tepung, kemudian masukkan larutan mauripan tadi gaulkan,
3-masukkan mentega gaul lagi.
4-masukkan air yang dilarutkan dengan secubit garam sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh. Tutup doh dengan kain lembab dan biarkan hingga naik 2 kali ganda.
5-canaikan doh tapi jangan terlalu  nipis ya dan tekapkan dengan acuan bulat.
6-panaskan minyak dan goreng roti. Pasti roti di goreng dengan minyak yang banyak, kira boleh tengelam la roti tu.

PETUA:- Setelah masukkan roti dalam minyak panas, curahkan minyak atas roti, setelah nampak sedikit gelembung tekan bahagian gelembung tersebut hingga roti tengelam dalam minyak. Roti ni dia panas baran sikit, lagi kita tekan dia lagi dia marah dan terus gelembung.Jadi korang tekan-tekan dia sampai ladia gelembung sepenuhnya dan sekata.


Khamis, 20 Februari 2014

TIP DIDIK ANAK SUKA MAKAN SAYUR

Salam semua...

Umi pasti semua ibu maklum tentang khasiat sayur. Tapi kebanyakan kanak-kanak tidak sukakan sayuran termasuklah kartun kegemaran anak-anak kita Upin Ipin. Bagaimanapun ibu perlulah mencuba supaya anak suka makan sayur. Kelebihan sayur yang berwarna-warni memainkankan peranan penting untuk memudahkan kita mendidik anak suka makan sayur.

Tapi ibubapa juga perlulah suka makan sayur, kerana selalunya anak akan makan apa yang ibubapanya makan. Bagi ibu yang di luar sana yang telahpun mempunyai anak berusia setahun keatas pasti bersetuju dengan pendapat umi tu. Umi pun dah tengok pada anak umi. Apa yang umi suka anak umi pun suka, apa yang babah suka anak umi pun suka. Apa yang umi tak suka anak umi pun tak suka. Contohnya umi dan babah suka makan sayur, ikan dan ais krim. Anak umi tiga- tiga beradik juga suka makan tu. Umi tak suka buah yang masak ranum macam mempelam dan rambutan. Anak umi juga tak suka walaupun umi suap mereka.

Jadi untuk mendidik anak sukakan sayur ibubapa perlu suka dan selalu makan sayur. Jika anak lihat kita makan mereka juga ingin merasa dan mencubanya. Ibu boleh membuat sup sayur, kerana anak lebih suka makan berkuah. Sebagai permulaan ibu perlulah memilih sayur yang tidak mengeluarkan rasa pahit. Kerana jika anak mula merasa sayur tersebut pahit, minda mereka akan set bahawa sayur tidak sedap dan pahit. Ibu boleh memilih sayur seperti lobak merah, brokoli, bunga kobis, kangkung, kobis, kacang buncis, kacang panjang, bayam dan sebagainya. Kalau boleh setiap kali membuat menu sayur perlu pelbagaikan warna supaya dapat menarik minat anak. Mungkin ibu boleh jadikan sup sayur sebagai menu makan malam, boleh juga di campurkan dengan bihun, koteaw atau mee supaya lebih mengenyangkan.

Ibubapa juga perlu sentiasa memberitahu anak bahawa sayur baik untuk kesihatan, seperti "makan sayur nanti sihat" " makan carrot nanti mata cantik" jadi anak kita juga akan setkan di minda mereka makan sayur sihat. Perlahan-lahan mereka akan sukakanya. Ibu tidak perlulah memaksa anak untuk makan kerana anak akan belajar menyukainya sedikit demi sedikit. Ibu perlu perhatikan sayur mana yang dia lebih suka dan cuba berikan lebih sayur yang di sukainya dan sedikit sayur yang kurang di sukai. Kerana sayur yang sedikit itu nanti akan mula dirasai dan akhirnya dia akan mula mengemari sayur itu. Jadi ibu janganlah berputus asa dalam mendidik anak sukax makan sayur ya.

Selasa, 18 Februari 2014

MENU ANAK 1+

Salam semua...

Untuk kali ini umi masih lagi bercakap pasal menu untuk anak berusia setahun dan keatas.  Anak jika setiap hari hanya makan nasi tentu bosan jugakkan. Jadi tak salah jika kita ubah seperti mee, bihun atau koteaw. Ibu hanya perlu buat sup saja untuk dimakan dengan  mee, bihun atau koteaw. Untuk resepi sup seperti di bawah.

Sup

2 ulas bawang putih ditumbuk
isi ayam / daging dikisar
1 biji telur
sedikit lobak merah dihiris halus
1/2 sudu serbuk sup
1 cawan air

Caranya

1- tumis bawang hingga naik bau
2-masukkan serbuk sup serta air biarkan seketika
3-masukkan isi ayam/ daging serta lobak merah masak hingga lembut.
4-pecahkan telur dan kacau supaya telur pecah dalam kuah.
5-setelah mendidih masukkan garam dan padamkan api.

Untuk mee, bihun atau koteaw celurkan dalam air panas seketika. Tapi bihun perlulah celur hingga lembut ya.


Selamat mencuba...pasti anak anda suka...

Jangan lupa tinggalkan komen ya..


Ahad, 16 Februari 2014

TIP MENDIDIK ANAK TIDAK MEMILIH MAKANAN

Pada usia mencapai 1 tahun selalunya anak anda telahpun mempunyai gigi. Jadi ibu boleh menambahkan atau mempelbagaikan menu anak anda supaya dia tidak jemu. Umi pernah berjumpa dengan doktor perubatan homeopaty. Doktar tersebut memberitahu kepada umi tentang cara mendidik anak makan pelbagai makanan.

Kata doktar tersebut apabila anak sudah boleh menerima makanan pejal kita boleh berikan apa sahaja pada anak kita.Terpulang pada seleranya. Jika kita menghidangkan makanan dan anak kita ingin mengambil ikan kita berikan padanya, berikan sahaja apa yang di tunjuknya hatta satay sekalipun. Doktor itu memberi tahu umi beliau telah memberikan anaknya satay ketika berusia 8bulan. Usah risau anak anda akan tercekik kerana anak anda tahu apa yang mampu di telan dan apa yang tidak boleh ditelan. Lidahnya akan merasa makanan tersebut, dia akan mengigit mengunakan gigi dan gusinya, jika ianya keras atau liat maka anak anda akan meluahkannya. Jadi tak hairanlah jika kita lihat bayi kita sering meluahkan makananya. Jika kita tidak membiasakan anak kita dengan pelbagai makanan maka apabila dia besar dia menjadi anak yang suka memilih makanan dan agak sukar untuk makan. Jadi tak perlulah menghalang dan menyekat keinginan ank anda.

Anak ketika kecil dia masih belum pandai memilih makanan tetapi dia memilih mengikut warnanya. Jika warna makanan tersebut boleh menarik perhatiannya, maka dia akan memilih makanan tersebut. Jadi ibubapalah yang boleh mendidik anak-anak supaya menjadi suka memilih makanan atau tidak. Jika anak kita sukar untuk makan mungkin itu kerana kita suka menghalangnya makan ketika kecil. Kata-kata ibu "tak boleh makan itu sebab keras, tak boleh makan ini sebab pedas, tak boleh makan itu nanti tercekik". Kata seperti itu akan dirakamkan dalam memori anak anda hingga dewasa dan menyebabkanya sentiasa tidak berselera untuk makan dan hanya makan makanan tertentu sahaja. Jadi tak perlulah anda menyekat seleranya. Biarlah dia merasa dan makan mengikut seleranya.

MENU BAYI 6+ II

Pada usia 6 bulan dan keatas terdapat perbagai jenis nestum yang terdapat di pasaran. Ibu-ibu boleh memilih samada memberikan nestum beras, gandum atau beras perang yan dicampur dengan pelbagai perasa seperti ikan bilis, madu,susu dan buah-buahan. Mungkin ibu boleh sering menukar nestum bayi bagi mempelbagaikan rasa untuk bayi anda. Umi juga memberikan nestun sebagai makanan tambahan untuk bayi umi. Umi hanya mengunakan nestum gandum dan madu. Umi sering menambahkan 1 atau 2 sudu dalam susu bayi untuk setiap kali peryusuan. Ini membantu bayi tidur dengan lebih nyenyak dan lama kerana perutnya terasa lebih kenyang. Apapun ibu-ibu boleh jugamemilih nestum beras dan susu mengikut selera bayi untuk di campur dengan susu bayi anda, tetapi pilihlah yang bersesuaian kerana jika ibu memilih nestum beras dan ikan bilis tentu rasanya agak pelik jika dicampurkan dengan susu bayi anda.

Antara menu lain yang boleh ibu-ibu boleh berikan kepada bayi ialah bubur nasi yang direbus hingga berasnya menjadi hancur bagi memudahkan penghadaman bayi. Untuk mempelbagaikan rasanya ibu boleh menambahkan isi ayam atau daging. Isi ayam atau daging tersebut perlulah dikisar halus dan di rebus bersama beras, bubur nasi tersebut akan menjadi lebih sedap dan manis kerana isi daging atau ayam tersebut, ibu tak perlulah memberi isi daging dan ayam yang berketul kepada bayi kerana bimbang tercekik kerana pada usia ini bayi masih belum mempunyai gigi untuk mengunyah, tetapi jika bayi sudah mempunyai gigi bolehlah ibu memberikan isi yang kecil yang dikisar. Selain menambah isi daging atau ayam ibu juga boleh menambahkan isi ikan. Sebenarnya memberi isi ikan lebih baik kepada bayi anda. Usah risau dengan kata-kata dongeng jika memberi ikan kepada bayi boleh menyebabkan cacing. Itu hanyalah teori yahudi yang diterbalikkan. Anak-anak orang yahudi lebih bijak kerana mereka suka memberikan bayi mereka makan ikan. Selain ikan ibu juga boleh menambahkan ikan bilis yang telah digoreng dan dikisar halus. Tetapi ibu perlukan mengopek tulang ikan bilis tersebut sebelum di goreng kerana kadang-kadang masih terdapat tulang halus wal aupun ikan bilis tersebut telah dikisar.

Untuk menambahkan khasiat kepada bayi ibu boleh menambahkan sayuran dalam bubur bayi seperti lobak merah, daun sawi, kentang, brokoli dan sebagainya. Umi lebih gemar menambah pelbagai sayuran supaya bubur bayi mempunyai 3 warna seperti putih untuk nasi, oren untuk lobak merah dan hijau untuk sawi.  Jika ibu risau tentang pengadaman bayi ibu juga boleh mengisar bubur yang rebus tadi bersama sayuran. Jika ingin mengisar bubur tersebut ibu hanya perlu masukan satu jenis sayuran setiap kali memasak. Jadi bubur bayi anda hari ini mungkin berwarna oren, esok hijau dan lusa kuning. mungkin itu lebih menyelerakan bayi anda. Selamat mencuba.


Sabtu, 15 Februari 2014

MENU BAYI 6+ I

Sebelum ini umi ada menceritan tentang penjagaan bayi. Kali ini umi berkongsi menu untuk bayi pulak. Setelah berusia 6bulan bayi sudah boleh mula makan makanan seperti nestum, bubur nasi dan sebagainya. Selain itu ibu juga boleh memberikan bubur yang dimasak mengunakan tepung beras. Caranya :-

2cawan  tepung beras di goreng tanpa minyak mengunakan api perlahan.mesti di kacau selalu supaya tidak hangit. Goreng tepung tersebut hingga menjadi warna kekuningan ya, itu tandanya tepung tersebut telah masak. Tepung yang siap di goreng boleh disimpan.

Cara membuat bubur :-

1 @ 2 sudu besar tepung beras yang telah siap di goreng.
1/2 cawan air
1sudu kecil gula

-kacau semua bahan diatas dan masak mengunakkan api yang perlahan. Perlu dikacau sepanjang masa untuk mengelakkanya menjadi bubur rentung ya he he.. Bila bubur mulai likat dan kental tutup api dan sejukkan.

Bila dah sejuk ibu boleh berikan bayi makan seperti biasa. Umi dulu selalu buat bubur ni ketika hantar anak kepada pengasuh, sebab ianya mudah dan cepat disediakan. Bubur ni jugak halus dan mudah dihadam oleh bayi. Selalunya bayi tak akan sembelit kerana bubur ini. Jadi ibu tak perlu risau tentang perut bayi. Tapi ikut bayi juga kadang- kadang bayi tidak suka makanan yang lembik. Anak ketiga umi tak suka lembik- lembik, jenis-jenis bubur ni memang dia tak makan langsung termasuk nestum?

PENJAGAAN DAN MENU BAYI 0-6 II

Untuk mengelakkan bayi sering kembung dan terkena penyakit angin pasang surut, kita juga perlu demah perut dan kemaluan bayi. Umi tak pasti perkataan lain untuk demah tapi demah tu kita gunakan daun sirih panaskan dengan mengunakan tungku /lilin /pelita munyak tanah. Caranya kepitkan atau selitkan daun sirih pada jari kemudian layurkan pada api. Cuba letakkan pada belakang tangan anda untuk merasa suhunya supaya sesuai dengan bayi, jangan terlalu panas nanti melecur pulak perut bayi anda. Tekapkan seketika daun sirih yang dah dipanaskan pada keliling perut dan kemaluan bayi anda. Lakukan selepas mandi bayi.selepas demah bolehlah disapukan minyak angin pada perut bayi. Umi mengunakan minyak yang tak panas jadi umi juga sapukan kemaluan bayi dengan minyak tersebut. Untuk makluman bayi perempuan juga perlu di demah pada kemaluannya. Walaupun umi tak ada anak perempuan tapi ibu umi ada beritahu umi pasal bayi perempuan ni. Kalau kita demah kemaluannya bentuknya akan menjadi lebih baik dan lebih tertutup. Umi tak pandai nak terangkan secara detail, tapi harap ibu-ibu faham maksud umi ya. Kalau tak faham nanti boleh tanya umi. Tapi umi tak boleh nak terangkan disini.  Malu laa...

 Bayi dalam pantang  atau yang berusia 3bulan kebawah mudah kena ruam lampin ini disebabkan kulit bayi belum cukup matang. Untuk mengelakkanya sapukan minyak gamat pada kemaluan dan celah paha bayi anda setiap kali menukar lampin. Minyak tersebut menghalang air kencing bayi terkena pada kulitnya. Jika bayi ada telahpun mengalami ruam lampin Anda boleh juga mengunakan minyak gamat tersebut untuk melegakannya atau anda boleh sapukan tepung ubi pada kemaluan dan celah paha bayi anda. Sebolehnya elakkan mengunakan bedak pada kemaluan bayi kerana ia lebih mudah terkenacruam lampin kerana bedak tersebut akan berkumpul dicelah paha bayi dan apabila ia kencing bedak tersebut akan basah dan melekat di celah pahanya menyebabkan kulitnya sentiass basah, lama- kelamaanya kulit bayi mula merah dan mula timbul bintik merah.

Ibu-ibu pasti susah hati bila melihat kepala bayi terdapat seperti daki kepingan berwarna kelabu. Hampir setiap bayi akan mengalaminya. Ia adalah perkara biasa bagi bayi. Daki tersebut boleh dihilangkan dengan mengunakan baby oil. Untuk mengelakkan dan mengurangkanya ibu perlu lebih kerap syampu kepala bayi. Gosok perlahan ketika mandi. In sha Allah daki tersebut akan beransur hilang.

PENJAGAAN DAN MENU BAYI 0-6

Kali ini umi ingin berkongsi pengalaman umi menjaga anak. Umi telah diberikan rezeki anak seramai 4 orang, setakat hari ini ya. Tak tahulah jika Allah masih akan memberikan rezeki anak lagi untuk umi selepas ini, kalau ada Alhamdulillah.  

Anak-anak umi 3 orang lahir pramatang. Anak yang sulung kembar lahir pada usia 34 minggu dalam kandungan. Umi lahirkan mereka dengan cara normal, mungkin dah sampai masa mereka melihat dunia ini walaupun belum cukup matang dan berat hanya 1.5kg dan 2.1kg. Yang sulung berada di NICU selama 23hari dan berat mencapai 1.8kg.

Untuk menambah berat mereka agak sukar bagi umi pada permulaannya. Umi terpaksa membiasakan diri menjadi ibu dan menjaga 2 bayi serentak. Waktu menyusu mereka juga sama jadi agak sukar umi memberikan susu badan. Waktu rehat umi juga tidak pernah cukup dan sentiasa kelam kabut.

Setelah seminggu umi menjaga bayi kembar umi barulah umi mula biasakan diri dan mula dapat mengagak jadual susu bayi. Memang doktor, misi serta buku  ada tertulis berkenan cara pemakan bayi. Tapi kadang-kadang tidak salah kita menguna pakai petua dan cara orang dulu-dulu dalam penjagaan bayi.

Ibu dan mertua umi banyak menurunkan petua dan tunjuk ajar pada umi. Antaranya untuk mengelakkan bayi suka menangis dan meragam ketika mandian terakhir bacalah surah Al-insyirah (alam nasyrah) tu dan hembuskan di ubun-ubun bayi. Petua tersebut memang umi amalkan pada 4 anak umi, Alhamdulillah mereka tak pernah meragam,bukan langsung tak pernah menangis, tapi kalau menangis mestilah bersebab macam kembung perut, tak selesa pada dengan pampes atau lapar, tak ada la asyik merengek ja.

Selain pemberian susu pada bayi. Umi juga memberikan air didih nasi sebagai sampingan. Umi mula beri ketika umur mereka 1bulan. Air didih nasi ni kita boleh ambil ketika nasi tengah mendidih dan airnya mulai pekat, jangan ambil ketika nasi baru mendidih kalau airnya tidak pekat mungkin bayi boleh kembung perut. Jadi pastikan ia pekat, selepas ambil air didih tersebut jangan lupa tambahkan air pada nasi nanti mentah pulak na,si tu. Selalu umi akan bagi air didih dalam 60ml 2 kali sehari tengah hari dan petang. Cara ini memang membantu bayi ada cepat membesar. Untuk makluman bayi lelaki ni dia cepat lapar sikit nak banding dengan bayi perempuan. Mungkin ada yang takut untuk memberi bayi makan, tapi orang dulu-dulu ketika dalam pantang pun dah bagi bayi makan macam pisang lenyek atau biskut 4 segi direndm dengan air suam. Tak ada pulak anak diorang ada masalah usus, elok ja membesar dengan sihat. Jadi anda tak tak perlulah takut untuk memberikan air didih nasi, cuma air kanji saja. Apapun terpulang pada ibu-ibu di luar sana la okey.

Rabu, 12 Februari 2014

APAM NASI

Akhirnya umi berjaya jugak hasilkan apam yang tersenyum lepas 5 kali mencuba. Itulah hikmah bersabar. 3 kali try buat apam tepung beras guna baking powder apam naik tapi masam ja tak mau senyum. Pastu umi tanya mak macamana nak buat apam nasi.

Mula-mula buat apam nasi masa tengah kukus gas habis lak. Terbantat la apam umi tu,tak sempat nak senyum. Hari ni buat lagi...Alhamdulillah elok ja dia naik sambil tersenyum simpul. Umi pun tersenyum sama seronok. Babah pun dapat breakfast dengan apam senyum sambil tersenyum, siap ucap tahniah kat umi lagi he he..

Apapun boleh tengok gambar apam ja dulu ok. Resepi nanti uni try banyak kali dan sentiasa berjaya baru umi bagi. Biar resepi yang betul-betul confident ok. Ni baru sekali berjaya 5 kali gagal. Lebih banyak yang gagal dari berjaya. Sapa-sapa yang terror buat apam ni boleh la kongsikan petua dengan umi supaya setiap kali umi buat dia senyum.

Anak-anak umi tak nak makan apam yang tak menjadi,babah la yang selalu habiskan. Bila umi tanya babah makan sebab sedap @ sebab lapar, babah kata lapar...hmm sian kat babah.

ANDA MUNGKIN MEMINATI :-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...